Siakap Keli
bahan putihkan kulit
Gambar via HelloDoktor

Boleh Didapati Di Rumah, Ini Bahan Yang Boleh Bantu Putihkan Kulit Muka

Boleh Didapati Di Rumah, Ini Bahan Yang Boleh Bantu Putihkan Kulit Muka

Adakah anda mempunyai wajah gelap, kusam dan tidak bermaya? Sudah pelbagai produk digunakan namun hasilnya masih lagi sama dan tiada perubahan.

Dari produk mahal buatan luar negara sehinggalah produk yang tular digunakan namun masih tiada sebarang perubahan dilihat.

Tahukah anda bahawa terdapat satu bahan yang boleh membantu kulit wajah menjadi putih walaupun tidak menggunakan produk yang mahal, cukup guna benda ini untuk putihkan kulit wajah anda itu.

Bahannya adalah antara yang mudah untuk didapati dan kadang-kadang ia mungkin berada di dapur rumah kita sendiri. Bahan tersebut adalah merupakan tepung beras.

Baca: Terkenal Sebagai Kampung Jungkook & Jimin BTS, Rupanya Ini Yang Buat Ramai Tak Senang Duduk Bila Sebut Busan

Selain itu, tahukah anda beras banyak digunakan oleh negara-negara pengeluar kosmetik seperti Korea Selatan dan Jepun dalam produk penjagaan muka mereka.

Tetapi bagaimana mahu menggunakan tepung beras tersebut? Apa jenis produk yang boleh dihasilkan dengan penggunaan tepung tersebut.

HelloDoktor ada jawapan kepada persoalan tersebut. Perkongsian hari ini adalah berkaitan dengan penggunaan tepung beras dalam penjagaan kosmetik untuk mendapatkan kulit wajah yang putih.

Oleh itu mari kita ikut perkongsian tersebut:

Bermacam petua putihkan muka di internet yang anda boleh cuba amalkan tetapi tidak semua itu berjaya dan berbaloi. Kalau sudah banyak usaha yang gagal, mungkin anda kena beralih ke tepung beras pula? Jom baca artikel untuk tahu lebih lanjut!

Benarkah kulit muka boleh dicerahkan?

Hakikatnya, manusia diciptakan dengan fitur atau ciri tubuh badan yang berbeza bergantung pada genetik masing-masing dan warna kulit adalah antara perkara paling banyak variasi.

Ada individu yang berkulit cerah secara semula jadi atau sederhana dan gelap. Di negara kita yang majoriti orang Melayu, warna kulit sawo matang merupakan suatu bentuk kelaziman.

Meskipun sudah sedia cantik dan menarik, mungkin masih ada mereka yang ingin untuk mencuba pelbagai petua putihkan muka dalam usaha bagi mencerahkan dan memutihkan kulit.

Untuk pengetahuan anda semua, usaha itu mungkin bukan sia-sia kerana masih ada potensi untuk kulit wajah dicerahkan sedikit sama ada secara semula jadi atau dengan prosedur kosmetik.

Persoalannya, apa antara cara untuk putihkan muka yang anda boleh amalkan? Adakah ia efektif?

Cara untuk putihkan muka anda boleh amalkan

Sebenarnya, anda mungkin tidak perlu menjalani prosedur kosmetik yang rumit dan mahal hanya untuk impian memiliki kulit putih. Anda mungkin hanya perlu guna produk di pasaran.

Kini, ada banyak produk untuk memutihkan kulit yang wujud di pasaran namun mungkin masih ramai yang takut menggunakan produk sebegini kerana telah tular banyak khabar buruk.

Ketakutan itu mungkin ada hikmahnya ekoran lambakan produk di luar sana mengandungi pelbagai bahan kimia bahaya pada kulit seperti merkuri, hidrokuinon, kortikosteroid dan lain-lain.

Sebagai alternatif yang bagus, anda boleh cuba amalkan petua putihkan muka tradisional berikut:

  • Penggunaan topeng muka daripada herba seperti kunyit
  • Pemakaian masker sayur-sayuran seperti timun dan tomato
  • Pemakaian masker buah-buahan seperti lemon dan oren
  • Penggunaan topeng muka tanah liat jenis Fuller’s Earth
Kredit HelloDoktor

Selain itu juga, ada satu lagi petua putihkan muka yang popular sejak dari zaman dahulu lagi iaitu dengan sapukan tepung beras pada wajah. Adakah ia benar petua yang anda perlukan?

Gunakan tepung beras demi hasil yang bagus!

Buat anda yang mungkin belum tahu, tepung beras merupakan sejenis tepung dihasilkan daripada beras putih atau perang dan biasa digunakan dalam hidangan manisan seperti kuih koci.

Selain sedap untuk dimakan, ia turut dipercayai bagus untuk disapu atau dilumur pada kulit wajah ekoran tepung jenis ini diyakini tinggi potensi bagi mencerahkan dan memutihkan muka.

Ada beberapa sebab individu perlu pakai tepung beras di muka, ia mungkin bawa manfaat berikut:

  • Mencerahkan tona muka
  • Mengurangkan masalah jerawat
  • Menyerap minyak yang berlebihan
  • Menanggalkan lebihan sel kulit mati
  • Menghilangkan lingkaran gelap bawah mata
  • Membuat kulit wajah lebih awet muda
Kredit HelloDoktor

Kenapa? Menurut laman web Healthline, tepung jenis ini mampu melindungi kulit daripada sinar UV daripada cahaya matahari selain akan membantu merawat masalah hiperpigmentasi.

Melalui 2 cara di atas, maka individu mungkin dapat mengelakkan kulit wajah menjadi lebih gelap sekali gus mencerahkan serta memutihkan muka bersama dengan manfaat-manfaat lain.

Cara nak putihkan muka dengan tepung beras!

Petua putihkan muka ini bukan sahaja murah dan mudah malah cepat bagi anda amalkan kerana apa yang anda perlukan cuma 1 paket tepung beras yang boleh ditemui di banyak pasar raya.

Kemudian, anda hanya perlu campurkan tepung dengan air suam dan bahan opsyenel lain seperti kunyit, yogurt, madu, putih telur serta lain-lain bagi tambahkan ‘kuasa’ ke dalam adunan itu.

Selepas siap adunan tepung tadi, sapukan sahaja ia di muka dan biarkan sehingga kering sebelum bersihkan dengan air biasa. Kalau hendak pakai semasa sedang tidur pun tiada masalah!

Konklusinya, tepung beras mungkin bagus bagi wajah anda, namun kami sarankan, sebelum anda mengamalkan sebarang petua untuk putihkan kulit, sila dapatkan nasihat doktor tentangnya.

Sumber: HelloDoktor

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.