Siakap Keli
lembaga hitam tumpang bas
Kredit Supernatural Confession/TikTok

Pemandu Bas Bengang, Kelibat Lembaga Hitam Tumpang Bas Tak Nak Turun Walau Dah Habis Syif

Pemandu Bas Bengang, Kelibat Lembaga Hitam Tumpang Bas Tak Nak Turun Walau Dah Habis Syif

Penampakan yang menyeramkan semasa tamat syif pada lewat malam menyebabkan seorang pemandu bas pulang ke rumah dengan perasaan kecewa dan keliru, lapor Coconuts.co.

Halaman paranormal ‘Supernatural Confession’ telah menyiarkan sebuah rakaman yang menunjukkan terdapat lembaga hitam sedang duduk di tingkat atas dalam bas yang dipandunya.

Kejadian itu dipercayai berlaku pada 10 Februari lalu di Singapura.

Bas yang dipandu pemandu tersebut merupakan jenis dua tingkat. Jadi kamera keselamatan telah dipasang bagi memantau penumpang yang berada di dalam kenderaan tersebut.

Baca: Terkenal Sebagai Kampung Jungkook & Jimin BTS, Rupanya Ini Yang Buat Ramai Tak Senang Duduk Bila Sebut Busan

Berdasarkan video itu lagi, rakaman pengawasan bas, sistem telah mengesan bahawa tiada seorang pun penumpang yang berada di dalam basnya.

Namun rakaman kamera pengawasan menunjukkan terdapat lembaga hitam yang sedang duduk diam dalam bas berkenaan.

Pemandu itu kemudiannya nekad naik ke tingkat atas basnya untuk memeriksa sama ada penumpang tersebut masih ada di dalam basnya. Ternyata tiada sesiapa pun yang berada di tempat duduk tingkat atas tersebut.

“Awal pagi dah buat aku takut,” kata pemandu bas itu di dalam video muat naik tersebut.

Tidak dapat disahkan sama ada rakaman yang ditunjukkan adalah tayangan secara langsung atau pra-rakaman.

“Dia perasan seseorang sedang duduk di tingkat atas basnya, tetapi dia mendapati bas yang dipandunya sudah tiada penumpang. Lalu dia memutuskan untuk memeriksanya, namun tiada sesiapa pun di sana,” tulis kapsyen muat naik video berkenaan.

Berdasarkan video itu lagi, pemandu itu kemudiannya mula mengutuk lembaga itu dan mengatakan bahawa dia hanya melakukan kerjanya sahaja.

Video lembaga hitam tumpang bas

@supernaturalconfessions

@Dark Arts Of Syed Wilson shares this chilling footage of a ghostly presence that boarded an empty bus in the wee hours of the morning. Will you dare to watch? Take a look at the white circle when it happens. #Ghosts #Supernatural #scary #hauntedbus

♬ original sound – SupernaturalConfessions – Supernatural Confessions

Video itu turut dibanjiri dengan pelbagai komen daripada pengguna TikTok selepas menonton video tersebut.

Antara komen yang menarik adalah:

“Saya mempercayainya. Suami saya bekerja di depoh bas Bulim pada syif malam. Saya juga banyak mendengar cerita sebegini,” tulis seorang netizen yang mempunyai suami bekerja di depoh bas.

“Wow, sangat menakutkan bila mengetahui ada hantu dalam bas. Mujur pemandu ini berani. Kalau aku, dah lama aku lari dulu,” tulis seorang netizen yang takut dengan kewujudan lembaga itu.

“Alahai momok tu nak tumpang naik bas saje adik. Syif terbang dia baru habislah tu. Itu pun berkira,” tulis seorang netizen dengan nada bergurau.

Sumber: Coconuts.co, TikTok

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka