Siakap Keli
beri bayi makan air liur
Kredit: Agensi Anadolu

Susu Badan Ibu Kering, Ayah Beri Bayi Makan Air Liur

Susu Badan Ibu Kering, Ayah Beri Bayi Makan Air Liur 

Demi selamatkan nyawa, seorang ayah terpaksa memberi air liur kepada bayinya setelah mendapati susu badan isterinya kering ketika berada di bawah runtuhan gempa bumi di Turkiye.

Lapor Agensi Anadolu, walau bagaimanapun, bayi bernama Muhammet Alparslan tersebut dilaporkan hanya mampu bertahan hidup selama lima hari sebelum meninggal dunia.

“Kami mempunyai seorang anak lelaki berusia enam bulan, susu isteri saya tidak lagi ada jadi saya cuba memberinya makan dengan air liur saya.

“Pada hari kelima di bawah runtuhan, Muhammet tidak lagi bernafas, saya memeriksa nadinya dan mendengar degupan jantungnya dan saya sedari dia meninggal dunia pada waktu pagi,” kata bapa bayi, Muharrem.

Kisah menyayat hati itu diceritakan oleh Muharrem selepas dia dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Muharrem dan isterinya Hidayet Polat ditemui secara ‘ajaib’ oleh pasukan keselamatan di wilayah Kahramanmaras pada Selasa selepas 202 jam tertimbus di bawah runtuhan.

Muharrem yang kini berada di bawah pengawasan perubatan memberitahu Anadolu bahawa dia kehilangan dua anaknya ketika berada di bawah runtuhan.

Difahamkan, pasangan tersebut berusaha keras untuk memastikan bayi mereka yang berusia enam bulan itu hidup.

“Kami tidak makan apa-apa di bawah runtuhan. Saya hanya menemui beberapa Vaseline dan kami makan sebahagian daripadanya.

“Saya tidak tahu sama ada ia akan mendatangkan sebarang bahaya kepada diri atau tidak,” kata Polat.

BACA: Lelaki Ramal Gempa Bumi Kuat Bakal Landa Turkiye 3 Hari Sebelum Tragedi Benar-benar Berlaku

Imbau detik cemas gempa bumi

Muharrem kemudiannya menceritakan mengenai detik-detik cemas semasa gempa bumi yang melanda dan berkata lantai rumahnya tertutup sepenuhnya.

“Pada gempa bumi pertama, lantai ditutup namun pada hari kedua ia mungkin sudah terbuka.

“Saya baru menyedari hal terbabit pada hari ketujuh (semasa dalam runtuhan),” tambah Muharrem.

Ujarnya lagi, dia turut memaklumkan kepada isterinya apa yang dilihat olehnya.

“Pada hari yang sama, saya memanggil isteri saya, ‘Hidayet, lihat ada sesuatu di sana’ dan saya menyentuh bata itu dan ia lembap.

“Saya menunjukkan kepadanya tetapi dia tidak mempercayai saya. Saya menggali tanpa henti dan air salji mula keluar. Allah mengasihani kami,” katanya.

Dalam pada itu, dia turut menegaskan bahawa mereka tidak pernah hilang kepercayaan kepada kebesaran Tuhan.

Polat berkata pasukan penyelamat boleh menyelamatkannya pada sehari atau dua hari semasa bencana berlaku tetapi runtuhan yang  menimpa menghalangnya untuk mereka diselamatkan.

Sumber: Agensi Anadolu

BACA: Gempa Bumi Turkiye, Syria: Bayi Tujuh Bulan Terperangkap 140 Jam Diselamatkan

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana