Siakap Keli
muhyiddin siasatan sprm
Kredit: Bernama

Muhyiddin Beri Keterangan Untuk Bantu Siasatan SPRM

Muhyiddin Beri Keterangan Untuk Bantu Siasatan SPRM

KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) — Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung satu siasatan mengenai dana RM300 juta yang dikaitkan dengan parti itu, menurut sumber SPRM.

Menurutnya Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pagi semalam.

Bekas Perdana Menteri itu dipercayai dipanggil untuk memberi keterangan berhubung siasatan dana RM300 juta yang disyaki diterima Bersatu menerusi dana di bawah Pakej Ransangan Ekonomi COVID-19.

Difahamkan lebih 15 individu termasuk pemimpin parti berkenaan selain pihak kontraktor sudah dipanggil SPRM bagi dirakam keterangan.

Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki dilaporkan mengesahkan pembekuan akaun Bersatu bagi membantu siasatan.

Siasatan berhubung perkara itu dijalankan mengikut Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram.

BACA: Ahmad Zahid Fail Semakan Mahkamah Tolak Permohonan Dapatkan Pasport Secara Kekal

Sumber: Bernama

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma