Siakap Keli
jiran bunuh kanak-kanak
Kredit: Polis Kotamobagu via Kompas.com

Jiran Bunuh Kanak-kanak 5 Tahun Kerana Tak Tahan Bapa Pasang Muzik Kuat

Jiran Bunuh Kanak-kanak 5 Tahun Kerana Tak Tahan Bapa Pasang Muzik Kuat

Gara-gara tidak tahan ayah pasang muzik kuat, seorang jiran lelaki tekad menculik dan membunuh anak perempuannya yang berusia lima tahun sebelum membuangnya di kawasan semak di Indonesia, lapor Detik.com.

Difahamkan, mayat kanak-kanak itu ditemui tanpa sebelah kaki di kawasan kebun oleh penduduk di Sulawesi Utara, Indonesia pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Sulawesi Utara Inspektor Setyo berkata menurut penduduk di daerah itu mayat ditemukan pada 12 tengah hari.

“Mayat kanak-kanak itu sudah ditemukan pada Khamis pukul 12 tengahari,” katanya ketika memberi maklumat mengenai kejadian ngeri itu.

Setyo menegaskan, mayat mangsa kini berada di hospital dan akan dibedah untuk siasatan lanjut.

“Mangsa dibawa ke Hospital Bhayangkara untuk dibedah siasat,” ujarnya.

Dalam pada itu, Setyo mengesahkan pihaknya juga telah menahan pelaku yang berusia 42 tahun di Sulawesi Tengah pada Rabu lalu.

Apabila ditanya mengenai kaki kiri mangsa, Ketua Polis Kotamobagu, Dasveri Andi berkata pelaku mengaku tidak melakukan apa-apa terhadap kaki mangsa.

“Andaian kami mungkin dimakan haiwan kerana mayat kanak-kanak itu dibuang di ladang yang terbiar dan terdapat banyak haiwan liar.

“Hasil pemeriksaan terhadap pelaku, dia menjelaskan tidak memotong atau melakukan sesuatu kepada kaki kiri mangsa,” katanya.

Dasveri menjelaskan bahawa tulang paha di kaki kiri mangsa masih ada namun, daging kaki dilaporkan telah tiada.

Polis masih menunggu keputusan bedah siasat bagi mengenal pasti punca kehilangan kaki mangsa.

BACA: Jajan ‘Ice Smoke’ Dipercayai Keluarkan Api, Budak 5 Tahun Dilapor Melecur Satu Badan

Pengakuan jiran bunuh kanak-kanak lima tahun

Suspek pembunuhan kanak-kanak perempuan itu mengakui berasa sakit hati dengan kelakuan bapa mangsa yang sering memainkan muzik dengan kuat.

Suspek itu membuat pengakuan dalam satu rakaman video ketika disoal siasat oleh pegawai polis di dalam kereta.

“Saya buang (mayat kanak-kanak itu), saya sudah tertekan. Sakit hati kerana bapa mangsa memasang muzik dengan kuat. Ia menganggu,” katanya dalam rakaman video itu.

Pada mulanya, kes ini tular di media sosial susulan dengan dakwaan bahawa seorang kanak-kanak perempuan dilaporkan telah menjadi mangsa culik dan rogol oleh jirannya.

Kanak-kanak itu juga dilaporkan hilang.

Sumber: Detik.com

BACA: “Nak Makan Mana?” 5 Benda Kecil Boleh Punca Bergaduh, No 4 Tu Paling Tak Berbaloi Tapi Ramai Boleh ‘Relate’

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.