Siakap Keli
Gambar: Siakap Keli/IMG flip

“Nak Makan Mana?” 5 Benda Kecil Boleh Punca Bergaduh, No 4 Tu Paling Tak Berbaloi Tapi Ramai Boleh ‘Relate’

Kalau korang perasankan, semakin dewasa ni semakin kita mengenali ragam orang terutamanya kawan yang rapat dengan diri kita. Bukan setakat kenal je, malah kadang-kadang sudah ‘hafal’ dan faham dengan perangai mereka apabila situasi tertentu terjadi.

Kadang tu, isu kecil je tapi boleh bawa bergaduh sesama sendiri. Maklumlah, manusiakan dicipta berbeza, jadi cara pemikiran setiap orang pun tak sama. Bila jadi pergaduhan kecil ni, ada lah modal untuk bergurau senda bila meluangkan masa bersama lagi nanti.

Dalam banyak-banyak perkara, lima benda kecil ni mungkin pernah jadi punca korang bergaduh manja dengan pasangan atau kawan sendiri. Jom baca.

1. Pasangan nak pakai baju warna sama

Tengah hangat bercinta, kalau boleh semua nak sama-sama. Sebelum keluar tu mesti dah bincang mengenai baju, kasut, beg tangan, minyak wangi dan bermacam lagi sampai pening tak tahu nak pakai apa.

Benda ni sering terjadi masa awal percintaan, bila hati berbunga-bunga semua indah belaka sebab masih belum mengenali diri sepenuhnya. Yang perempuan rasa ‘sweet’ dapat pakai baju sama, yang lelaki pula jenis pakai je apa yang ada. Bila jumpa, mula lah ada yang tarik muncung sedepa.

2. Balas WhatsApp pendek sangat

Ni pun biasa sangat berlaku. Kena pula hari itu si penghantar mesej tengah excited cerita sesuatu, kemudian hanya mendapat balasan ‘haha’, ‘ok’ atau ‘sticker’ je. Memang bengkak la hati member.

Tapi ada masa balasan yang diberi tu bukan bermakna dia tak berminat. Boleh jadi si penerima juga tengah mengalami ‘bad day’ tetapi tidak berkongsi dengan orang sekeliling. Jadi sebagai manusia, kena saling memahami antara satu sama lain dan tidak meletakkan expectation yang tinggi kerana mungkin si dia sedang menghadapi konflik tersendiri.

3. OTP dengan awek, tapi sampai satu kampung dengar

Yang ketiga ini dikategorikan sebagai perbuatan yang comel tetapi boleh buat bergaduh juga kalau tengah lepak bersama kawan tiba-tiba teman wanita telefon. Sudahlah masa lepak dengan member diambil, cakap pula bukan main rancak lagi.

Sembang punyalah kuat sampai kawan-kawan pun dengar apa yang dibualkan, siap bincang pasal masa depan bersama lagi. Tak jaga hati betul member yang tengah single.

4. Nak pilih movie atau siri

Yang ni mesti ramai yang boleh relate, lebih-lebih lagi bila korang dah lama plan nak makan sambil tengok movie bersama, tapi sampai ke sudah tak tahu nak pilih movie yang mana.

Pilih punya pilih, makanan dah habis, movie atau siri masih tak jumpa lagi. Seorang nak tengok komedi, seorang pula nak thriller. Ada masa sampai boleh bergaduh sebab lambat pilih movie dan akhirnya termenung sama-sama sambil menghabiskan makanan.

Kredit: Renate Köppel via Pixabay

5. Nak makan mana?

Ni lah soalan yang paling susah nak dijawab tak kiralah korang dengan pasangan ataupun seorang diri. Susah betul nak pilih yang mana. Kadang tu memang tak ikut pilihan, pergi je secara rawak sebab otak terlalu jammed fikir nak makan apa.

Akhirnya nak senang, pilih tempat yang selalu pergi untuk mengisi perut. Perut kenyang, kepala pun tak serabut.

Dalam semua situasi ni, mesti ramai yang paling boleh relate dengan situasi keempat tadi, kan? Dah tertunggu-tunggu depan TV nak tengok movie, tapi sampai kesudah tak jumpa-jumpa filem atau siri yang menarik nak tengok sama-sama. Nak berbalah pun tak berbaloi, sebab korang sebenarnya boleh cari filem dan drama best kat Viu je.

Kat sini ada banyak movie latest, yang baru dikeluarkan terutamanya dari negara Korea, Indonesia dan lain-lain.

Tambahan pula, sekarang Viu ada pelbagai pilihan series yang menarik untuk tontonan korang. Kalau nak senang, buka je aplikasi Viu, tengok dan pilih. Mudahkan? Jadi bila tengok series di Viu, memang tak sempat nak bergaduh untuk cari movie lain sebab semuanya best dan paling utama sekali sangat up to date!

Nenek Bongkok Tiga (Viu Original)

Tarikh mula ditayangkan: 9 Februari 2023

Dalam siri terbaru Viu Original ‘Nenek Bongkok Tiga’ ini, lapan orang dijadikan tebusan di dalam satu rumah agam di tengah hutan Bukit Luruh yang terkenal dengan kisah orang hilang. Rumah itu cuma didiami Nenek, seorang wanita yang mendakwa mereka sudah menceroboh kawasan makhluk bergelar Tuan Tanah dan harus melaksanakan cabaran-cabarannya untuk keluar.

Kelapan-lapan mereka mula bekerjasama tetapi cabaran-cabaran Tuan Tanah memaksa mereka untuk mengkhianati satu sama lain. Rahsia besar Bukit Luruh mula terbongkar dan siapa Nenek sebenarnya bakal terjawab.

Diarahkan pengarah hebat Yusry Abdul Halim (Ganjil, She Was Pretty) dan mendapat sentuhan penerbit berkaliber, Zurina Ramli (She Was Pretty, Black S2), siri ini dibarisi pelakon-pelakon berbakat seperti Hun Haqeem, Sara Ali, Syafie Naswip, Meerqeen, Syazwan Zulkifly, Ashraf Muslim, Fimie Don, Sara Mack Lubis, Rykarl Iskandar dan turut dibintangi pelakon-pelakon lagenda tanah air, Sherie Merlis dan Sofia Jane.

Poong the Joseon Psychiatrist 2

Tarikh mula ditayangkan: 16 Januari 2023

Kredit: Viu

Drama bersiri ini menceritakan mengenai Doktor Yoo (Kim Min Jae) yang handal terjerat dalam konspirasi dan dihalau keluar dari Istana. Dia kemudian bertemu Jihan (Kim Sang Kyu) di kampung Gyesu dan belajar merawat pesakit yang mengalami penyakit psikologi. Mencari punca patah hati pesakit dan menulis preskripsi untuk kebahagian bersama Eun Woo (Kim Hyang Gi), yang membesar sebagai pakar psikiatri sejati.

Untuk rekod, Kim Hyang Gi bermula sebagai pelakon kanak-kanak dan terkenal dengan lakonannya dalam filem blockbuster Along with the Gods.

Kim Min Jae sebelum ini membintangi Dr Romantic 2 dan Darli and The Cocky Prince, yang juga boleh dilihat di Viu.

Mantan Tapi Menikah

Tarikh mula ditayangkan: 31 Januari 2023

Kredit: Viu

Seorang wanita mendapati dirinya masih mencintai bekas kekasihnya apabila mereka ditemukan semula secara kebetulan. Ana (Aurelie Moeremans) tidak percaya bahawa bos di pejabat barunya ialah bekas teman lelaki yang telah ditinggalkan pada masa lalu, Saka (Omar Daniel). Keadaan menjadi lebih buruk apabila Saka masih menyimpan perasaan kepada Ana.

Tetapi apa yang paling mengejutkan bagi Ana ialah dia mungkin sebenarnya menyesali keputusannya dahulu terhadap Saka dan berfikir mungkin bekas teman lelakinya mempunyai perasaan yang sama.

Kisah ini diadaptasi daripada Wattpad dengan bacaan 9.2 juta dan ditukar menjadi sebuah novel. Bintang pelakon popular Aurelie Moeremans juga mempunyai lebih 2.2 juta pengikut di Instagram.

Return Man

Tarikh mula ditayangkan: 8 Februari 2023

Kredit: Viu

Return Man ialah syarikat detektif swasta yang mendakwa memberi kadar pulangan 100 peratus kejayaan untuk pemilik mencari harta benda mereka yang hilang. Namun perkhidmatan itu datang dengan bayaran yang tinggi.

Apabila kucing kesayangan Pribpraw (Pat Chayanit) dicuri oleh bekas teman lelakinya, dia mengupah ‘Return Man’ kerana terdesak. Dia bertemu dengan pemilik syarikat yang bijak, kacak dan misteri, Yodyud (Alek Teeradetch). Tetapi apabila sesi pencarian bermula, dia mula meragui kebolehannya dan menganggap lelaki itu seorang penipu.

Namun begitu, kucingnya telah dikembalikan kepadanya dan balas dendam juga telah dilaksanakan seperti yang dijanjikan. Terkesan dengan janji yang ditunaikan, Pribpraw memohon untuk menyertai syarikat dan menjalani sesi percubaan.

Dia kemudian memperkenalkan diri kepada pasukan yang terdiri daripada Bwy (Fiat Patchata), seorang genius IT dan Aunti Pen, seorang pembantu rumah dengan latar belakang yang suram. Return Man akan membawakan anda cerita tentang kebenaran cinta dan pengorbanan.

Pelakon terkenal dari CH3, Alek Teeradetch sebagai watak utama bersama pelakon berbakat Pat Chayanit dari The Daughter (The Series). Syarikat produksi yang popular ini turut menghasilkan filem seperti Sotus dan Voice in The Rain.

Kalau korang nak tahu, sebenarnya banyak lagi siri yang best ada dekat Viu ini. Jadi lepas ni memang dah tak ada alasan untuk gaduh nak tengok series atau movie apa dengan kawan ataupun pasangan.

Nak dapatkan maklumat lanjut, layari laman sosial Viu Malaysia di SINI.

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini