Siakap Keli
fungsi "grill" kereta
Gambar: Twitter @AidFawzal

Ramai Tak Tahu, Ini Fungsi “Grill” Di Bahagian Depan Kereta 

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ramai Tak Tahu,Ini Fungsi “Grill” Di Bahagian Depan Kereta 

Kereta seperti sudah menjadi satu kepentingan kepada setiap orang. Tambahan lagi, ia merupakan kenderaan serba guna dalam apa jua keadaan.

Antaranya, ia terlindung daripada panas matahari dan titisan hujan. Disebabkan itu, permintaan kereta semakin bertambah setiap tahun dengan pelbagai fungsi, bentuk dan rupa paras yang menarik.

Sesetengah kereta telah direka khas mengikut kesesuaiannya termasuk gerigi pada bahagian grill depan kenderaan anda.

Namun, tidak ramai yang mengetahui fungsi sebenar ia diciptakan untuk kenderaan tersebut.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Mari kita ikuti perkongsian Jurutera Simulasi Pakar Aliran Bendalir dan Pemindahan Haba, Aid Fawzal di platform Twitter di bawah.

Fungsi “Grill” Kereta

Korang perasan tak kat gerigi (grill) sesetengah kereta terutamanya Honda model baru-baru ni ada lekuk-lekuk macam ni. Ni bukan sebab kerja manufacturing cikai-cikai tau. Ada sebabnya.

Baca tulisan sahabat saya Jebat Fadlysham ni. Dia dulu design engineer, sekarang jadi salesman. habis semua hal-hal teknikal kereta dia kongsi.

Gambar: Jebat Fadlysham

Ni cara vortex generator berfungsi.

Pada sayap kapal terbang gunanya untuk kurangkan kesan stall. Pada atap kereta macam Evo7-8-9 guna untuk tinggikan kecekapan sayap belakang. Pada geriri kereta nak naikkan kemampuan angin tarik haba (heat dissipation).

Gambar: Twitter @AidFawzal

Bukan alang-alang design honeycomb je mesti ada vortex generator. Bukan. Ni ha rupa vortex generator tu. Yang atas tu siap dah dihighlightkan dah. Yang bawah saje tak dihighlightkan supaya nampak rupa asalnya camne.

bahagian depan kereta grill
Gambar: Twitter @AidFawzal

Kedudukan vortex generator yang baik adalah sedikit kebelakang. Biasanya dekat-dekat dengan kawasan pemisah supaya angin yang kebelakang tu yang jadi pusaran/vortex.

Rekaan luaran kereta ni biasanya bermula dengan team designer kemudian barulah barulah team kejuruteraan akan cuba beradaptasi.

Bukan grill Myvi je ada ruang buka & ada ruang tutup. Boleh tengok kereta lain-lain pun hampir sama.

Ni disebabkan komponen yang memerlukan angin untuk penyejukan seperti radiator, kondenser, intercooler dan lain-lain bukan bersaiz seluas-luas muka depan kereta. Biasanya komponen pengubah haba ni bereda pada satu sudut je. Pada satu sudut lagi ada komponen lain pula.

BACA JUGA: Kenapa Kereta Sedan Tiada “Wiper” Belakang Macam Hatchback?

Amik contoh Myvi tu. Di belakang bahagian hijau tu ada komponen pengubah haba. Sebab tu geririnya berlubang.

Manakala belah merah pula ada manifold ekzos, ada pemampat aircond, ada tali sawat dan lain-lain. Komponen belah merah ni tak memerlukan angin penyejukan secara langsung.

Juga, jangan lupa yang akan masuk pada geriri ni bukan angin je, tapi air juga. Sebab tu kalau perhatikan betul-betul, geriri pada kawasan merah masih berlubang, tapi lubang serong atau lubang ke atas supaya air tak mudah masuk.

Analoginya, “Mana lebih senang nak bernafas antara pakai ‘face mask’ dengan tak pakai?” Mesti la tak pakai kan?

Jadi, pengeluar kereta ni dah buat kajian berapa bukaan geriri yang baik untuk sistem penyejukan kereta tu. Bila kita memandai-mandai tambah, prestasi penyejukan kurangan jadinya.

Sumber: Twitter @AidFawzal, Facebook Jebat Fadlysham.

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?