Siakap Keli
langgar lari ubah plat motor
Kredit: iStockphoto/Herwin Bahar via CNN Indonesia

Takut Ditangkap, Lelaki Ubah Nombor Plat Motor Dan Kereta Selepas Langgar Lari

Takut Ditangkap, Lelaki Ubah Nombor Plat Motor Dan Kereta Selepas Langgar Lari

Tidak mahu meninggalkan jejak, seorang suspek langgar lari membuat keputusan untuk menukar nombor plat kenderaan selepas membuang mangsa di tepi jalan raya di Bandaraya Depok, Indonesia.

Menerusi laporan CNN Indonesia, Ketua Polis Metro Depok Ahmad Fuady berkata lelaki berusia 26 tahun itu membuat penukaran nombor plat motor dan keretanya di bengkel rakannya.

“(Nombor plat diganti) di bengkel rakan suspek,” katanya kepada wartawan pada Sabtu.

Suspek difahamkan menukar nombor plat motosikalnya dengan kepunyaan rakannya.

Bukan sahaja menukar nombor plat kenderaan, suspek tersebut turut menggantikan sebahagian badan motosikal.

Hasil pemeriksaan menunjukkan suspek terbabit melakukan penggantian itu dengan alasan bahawa dia hanya mahu ‘membetulkan’ motosikalnya.

“Lelaki itu membaiki motosikalnya, mengikut pengakuan suspek.

“Daripada hasil pemeriksaan dia pergi ke bengkel milik rakannya dengan alasan mahu membaikinya,” ujarnya.

BACA: Langgar Lari Pegawai Imigresen Hingga Maut: Suspek Warga Asing Direman Empat Hari

Motor kes langgar lari digunakan suspek tular di media sosial

Sementara itu, motosikal yang dipandu pelaku menjadi tular di media sosial selepas rakaman kamera litar tertutup (CCV) tersebar.

Dalam rakaman itu, suspek dilihat melanggar mangsa dan kemudian melarikan diri.

Susulan penyebaran rakaman CCTV itu, maklumat yang ditemui menunjukkan pemilik kenderaan itu bernama Icoh.

Kemudiannya, pihak polis menyiasat mengenai kenderaan itu dan pergi ke rumah Icoh.

“Ya, polis datang ke sini, saya rasa ada dua kereta,” katanya ketika ditemui di kediamannya pada Jumaat.

Menurut Icoh, dia sudah menjual motor tersebut kepada pihak ketiga dan ia dijual kira-kira 10 tahun lalu.

“Awalnya anak saya menjual motor itu pada 2-13, kalau tak silap saya tak sempat nama pemilik ditukar, ia dijual semula,” katanya.

BACA JUGA: “Nak Makan Mana?” 5 Benda Kecil Boleh Punca Bergaduh, No 4 Tu Paling Tak Berbaloi Tapi Ramai Boleh ‘Relate’

Alasan pelaku menghapuskan mangsa

Suspek mengakui membuang mangsa di tepi jalan kerana panik dan keliru memikirkan mengenai kos untuk merawat mangsa.

“Disebabkan panik, pelaku bimbang dengan bayaran hospital nanti dan sebagainya (akhirnya menghapuskan mangsa),” kata Ahmad Fuady.

Berdasarkan hasil pemeriksaan polis, lelaki itu mengaku pada asalnya berniat mahu membawa mangsa ke hospital.

Namun dia gagal melakukan perbuatan sedemikian.

“Daripada hasil pemeriksaan, pelaku pada awalnya ingin membawa mangsa langgar lari ke hospital tetapi menukar niat kerana memikirkan kos rawatan.

“Oleh itu, dia bertindak untuk mencari lokasi menyembunyikan mangsa,” tambahnya.

Sumber: CNN Indonesia

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana