Siakap Keli
leiji matsumoto meninggal dunia
Kredit: AFP

Artis Manga, Leiji Matsumoto Meninggal Dunia

Artis Manga, Leiji Matsumoto Meninggal Dunia

Pencipta manga dan anime terkenal Jepun, Leiji Matsumoto atau nama sebenarnya Akira Matsumoto telah meninggal dunia pada usia 85 tahun.

Menurut kenyataan studionya, Studio Leijisha, beliau meninggal dunia disebabkan kegagalan jantung pada 13 Februari.

Matsumoto sangat dikenali melalui karya-karya fiksyen sains epik, termasuk Galaxy Express 999, Queen Emeraldas dan Space Battleship Yamato.

Hasil kerjanya sering menampilkan tema anti perang dan garis penceritaan yang emosional.

Anak perempuannya, Makiko Matsumoto yang turut mengetuai Studio Leijisha berkata dalam kenyataan tersebut bahawa beliau “telah memulakan perjalanan menuju ke lautan bintang. Saya rasa beliau akan sentiasa gembira dan sentiasa berfikir untuk menulis cerita sebagai seorang mangaka (pelukis manga) di sana nanti.”

Dilahirkan pada 1938 di barat daya Kurume, Fukuoka. Matsumoto hanya berusia 15 tahun ketika hasil kerja pertamanya, Mitsubachi no Boken (Honey Bee’s Adventures), diterbitkan dalam sebuah majalah manga. 

Selepas menamatkan pengajian di sekolah tinggi, beliau berpindah ke Tokyo untuk merealisasikan impiannya sebagai seorang artis profesional.

Matsumoto mengahwini Miyako Maki pada 1961, yang juga merupakan seorang pelukis manga dan antara wanita pertama yang menceburi bidang tersebut.

Mereka telah membuat kolaborasi dalam beberapa projek dan beliau talah menukarkan namanya kepada Leiji Matsumoto.

Kariernya mula mendapat sambutan yang memberangsangkan selepas penerbitan Otoko Oidon, sedekad selepas beliau mula berkecimpung dalam karier tersebut.

Otoko Oiden merupakan sebuah siri yang menampilkan kisah seorang lelaki muda dan miskin yang sedang membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan kemasukan universiti.

Karya tersebut telah mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan dan memenangi Anugerah Penerbitan Kodansha bagi Manga Kanak-Kanak.

Leiji Matsumoto meninggalkan legasi besar dalam dunia anime, khususnya bagi genre sains fiksyen

Beberapa manga telah diadaptasi dalam bentuk siri animasi di televisyen (anime). Ini termasuklah, siri epik sains fiksyen Space Pirate Captain Harlock, yang menceritakan kisah seorang lelaki yang disisihkan menjadi seorang lanun angkasa.

Lebih daripada 150 mangsa diinspirasikan daripada tragedi perang. Matsumoto hanya berusia dalam lingkungan tujuh tahun ketika Perang Dunia Kedua tamat.

Beberapa tahun kemudian, beliau mengatakan dahawa dirinya telah mendapat inspirasi daripada bapanya, seorang juruterbang tentera elit. Bapanya mengajarnya bahawa perang tidak patut disertai kerana ia “memusnahkan masa depan anda”.

BACA: Terselamat Dari Gempa, Keluarga Maut Dalam Kebakaran

Sumber: BBC

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma