Siakap Keli
malaysia pencemaran plastik
Gambar via visualcapitalist.com

Malaysia Duduki Tempat Ke-3 Dalam Senarai Negara Penyumbang Utama Pencemaran Plastik Di Lautan

Malaysia Duduki Tempat Ke-3 Dalam Senarai Negara Penyumbang Utama Pencemaran Plastik Di Lautan

Malaysia berada di kedudukan tiga teratas dalam senarai 10 negara yang menjadi penyumbang utama kepada masalah pencemaran plastik di lautan, lapor The Thaiger.

Pencemaran itu dilaporkan berlaku akibat daripada sisa plastik yang disalah urus oleh negara yang berada dalam senarai tersebut.

Info grafik yang dikeluarkan oleh Louis Lugas Wicaksono adalah berdasarkan data daripada kertas penyelidikan 2021 oleh ahli akademik Belanda, Lourens JJ Meijer.

Malaysia antara negara penyumbang
Gambar via visualcapitalist.com

Grafik tersebut menunjukkan carta pai yang terdiri daripada gambar sisa plastik dan jumlah sisa plastik lautan bagi setiap negara.

Sisa plastik itu juga dilabel berdasarkan unit tan metrik. Mengelilingi bulatan sisa plastik tersebut adalah gambaran lautan.

Lebih 75% daripada plastik terkumpul di lautan dilaporkan berasal daripada sisa yang disalah urus oleh sembilan negara Asia dalam senarai tersebut.

Satu-satunya negara bukan Asia yang termasuk dalam senarai kedudukan 10 teratas itu ialah Brazil.

Kebanyakan sisa plastik tersebut datang dari taman, pantai, atau di sepanjang longkang yang berada di bawah jalan. Cebisan plastik ini kemudiannya dibawa ke dalam longkang, sungai oleh aliran deras air.

Sungai-sungai tersebut seterusnya menjadi laluan utama kepada sisa plastik terbabit yang kemudiannya dibawa ke lautan.

Selain daripada sisa sampah, banyak juga plastik di lautan berasal daripada jaring ikan yang dibuang ke dalam lautan.

Baca: Terkenal Sebagai Kampung Jungkook & Jimin BTS, Rupanya Ini Yang Buat Ramai Tak Senang Duduk Bila Sebut Busan

Antara negara yang berada dalam senarai tersebut ialah, Filipina, India, Malaysia, China, Indonesia, Myanmar, Brazil, Vietnam, Bangladesh dan Thailand.

Kredit visualcapitalist.com

Malaysia mencatatkan sebanyak 73,098 tan metrik sampah yang dibuang ke dalam lautan dan seterusnya menduduki tempat ketiga dalam senarai tersebut.

Filipina yang berada di tempat pertama didapati membuang 356,371 tan metrik sampah berupa sisa plastik kedalam lautan dan menjadi penyumbang terbesar dalam pencemaran lautan.

Pada 2021, Institut Penyelidikan Pembangunan Thailand (TDRI) berkata bahawa Thailand mempuntai purata 1.03 tan sisa terurus setiap tahun dan hampir separuh daripadanya (0.31%) mengalir ke laut.

Untuk memerangi masalah pencemaran plastik, Thailand telah melaksanakan langkah-langkah seperti larangan penggunaan beg plastik di kedai-kedai utama.

Langkah tersebut termasuk kempen kesedaran awam dan menggalakkan penggunaan beg boleh guna semula.

Plastik dilaporkan mengambil masa antara 20 hingga 500 tahun untuk terurai.

Sumber: The Thaiger

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka