Siakap Keli
Arca belon anjing jeff koons
Gambar via Bel-Air Fine Art Contemporary Art Galleries

Pengunjung Tak Sengaja Tersepak, Arca “Belon Anjing” Karya Jeff Koons Bernilai RM186 Ribu Pecah

Pengunjung Tak Sengaja Tersepak, Arca “Belon Anjing” Karya Jeff Koons Bernilai RM186 Ribu Pecah

Arca ‘belon anjing’ Jeff Koons bernilai USD 42,000 (RM186,000) pecah selepas seorang pengunjung tidak sengaja menjatuhkannya pada Khamis lalu, lapor CNN.

Arca terkenal itu mungkin kelihatan seperti seekor anjing yang diperbuat daripada belon namun hakikatnya ia sangat rapuh dan mudah pecah.

Arca berwarna biru yang dicipta oleh Koons itu telah bertukar menjadi serpihan selepas pengunjung tidak sengaja tersadung di podium arca tersebut, menurut galeri yang menganjurkan karya tersebut.

Baca: Terkenal Sebagai Kampung Jungkook & Jimin BTS, Rupanya Ini Yang Buat Ramai Tak Senang Duduk Bila Sebut Busan

Kredit Bel-Air Fine Art Contemporary Art Galleries

Bel-Air Fine-Art telah mempamerkan karya itu di salah sebuah ruangan pameran di Art Wynwood yang terkenal dengan pameran seni kontemporari di Miami.

Dalam satu kenyataan yang dikongsi kepada CNN, pengurus daerah galeri itu Cedric Boero berkata bahawa galeri itu berfungsi sebagai “salah satu wakil rasmi untuk arca belon anjing Jeff Koons yang terkenal.”

“Sudah tentu ia menyayat hati selepas melihat karya ikonik seperti itu musnah,” kata Boero kepada CNN.

Kredit Bel-Air Fine Art Contemporary Art Galleries

Menurutnya, karya itu telah terjatuh selepas seorang pengumpul karya seni yang tidak disebutkan namanya melawat ruangan pameran itu.

Pengunjung itu tidak sengaja telah tersepak podium arca tersebut semasa pembukaan pesta koktel petang Khamis yang lalu.

“Pengumpul itu tidak berniat untuk memecahkan arca itu, malah dia tidak pernah menyentuhnya. Ia adalah koktel pembukaan, ramai orang berada di ruangan kami. Dia tidak sengaja tertendang podium arca tersebut sehingga menyebabkan arca itu terjatuh.

Kredit Bel-Air Fine Art Contemporary Art Galleries

Perkara malang sebegini boleh terjadi, sebab itu karya seni ini dilindungi insurans,” katanya lagi.

Galeri itu kemudiannya berkongsikan gambar keadaan sisa pecahan yang berada di atas lantai. Serpihan itu kini diletakkan ke dalam kotak untuk dinilai oleh pakar insurans.

Bel-Air Fine Arts menambah bahawa beberapa pengumpul telah menawarkan untuk membeli serpihan tersebut.

Menurut Bel-Air Fine Arts lagi, arca yang dibuat pada 2021 dengan tajuk “Anjing Belon (Biru)” dilaporkan bernilai sekitar USD 42,000. Arca tersebut diperbuat daripada porselin dan berukuran 40x48x16 cm.

Patung haiwan belon Koons ialah antara beberapa arca yang paling ikonik dan mahal dalam dunia seni kontemporari. Hasil arca Koons telah memperoleh jumlah lelongan yang sangat mahal.

Sumber: CNN

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.