Siakap Keli
man united benam barca
Sumber: Ig Man United

Benam Barca, Man United Tunjuk Cara Main Bola Sepak Sebenar

Benam Barca, Man United Tunjuk Cara Main Bola Sepak Sebenar

Manchester United terus mempamerkan persembahan cemerlang di laman sendiri apabila mencatatkan kemenangan, untuk mara ke peringkat seterusnya dalam saingan Piala Eropa.

Biarpun terlebih dahulu ketinggalan, anak buah Erik Ten Hag berjaya bangkit menerusi dua jaringan Fred dan Anthony untuk menidakan cabaran yang diberikan oleh Barcelona.

Lebih manis, kemenangan itu juga menamatkan rentetan 18 kemenangan yang diraih pendahulu La Liga itu dalam semua kejohanan setakat ini.

Man United berjaya mara ke pusingan seterusnya selepas mencatatkan agregat 4-3. Terdahulu, Man United berjaya mengikat Barcelona 2-2 di laman lawan dalam pusingan pertama play-off Piala Eropa.

Bangkit benam Barca, Ten Hag puji pemain Man United

Ten Hag turut memuji mentaliti yang ditunjukkan oleh semua pemainnya biarpun terlebih dahulu dibolosi. Barcelona di depan menerusi sepakan penalti penyerang berbisa, Robert Lewandoski pada minit ke 18.

Antara yang paling mencuri tumpuan tentulah persembahan trio Brazil iaitu Fred, Anthony dan juga Casemiro.

”Peranannya adalah untuk menghentikan pergerakan Frankie de Jong. Jadi seperti nyamuk yang menghurung mangsanya. Fred melakukan tugas tersebut dengan sangat baik,” kata Ten Hag.

Malah, namanya turut didendangkan dengan sangat indah dalam kalangan penonton tuan rumah di stadium.

”Ia hari yang sangat indah apabila mendengar nama anda didendangkan oleh peminat. Apa pun, persembahan Man United hari ini sangat baik, tetapi masih ada tugas yang perlu disempurnakan,” kata Fred.

Mimpi quadraple masih hidup

Dalam pada itu, lagenda Man United, Paul Scholes berpendapat kejayaan Man United benam Barca menyaksikan impian quadraple masih hidup ketika ini.

”Harapan masih ada. Dalam saingan lima liga teratas di Eropah, hanya Manchester United yang masih berpeluang untuk menjulang empat trofi (quadraple).

”Ya, ia memang sukar. Tetapi, siapa yang tahu kan?,” katanya.

Umumnya, Man United masih bersaing untuk merebut trofi kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini. Berada di tangga ketiga, gergasi EPL itu hanya dibezakan lima mata dengan pendahulu liga, Arsenal yang kini mengumpul 54 mata.

Selain itu, Man United juga masih lagi beraksi dalam saingan Piala FA dan berpeluang menjulang trofi pertama di bawah Ten Hag pada Ahad ini.

Man United akan bertemu dengan Newcastle yang pincang dengan masalah penjaga gol dalam perlawanan akhir Piala Carabao lagi dua hari.

BACA: Dari Mana Kerajaan Kutip Hasil Nak Buat Bajet?

Sumber: Sky Sport, Daily Mail 

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.