Siakap Keli
karipap cakoi pastri terbaik dunia
Kredit: Resepi Che Nom, Facebook & Taste Atlas

Karipap Malaysia & Cakoi Diiktiraf Antara Pastri Tersedap Dunia

Karipap Malaysia & Cakoi Diiktiraf Antara Pastri Tersedap Dunia

Sebelum ini, makanan kebanggaan rakyat Malaysia, Roti Canai berjaya menjulang tempat kedua dalam senarai Makanan Jalanan Terbaik dunia oleh Taste Atlas.

Pencapaian tersebut membuatkan rakyat Malaysia menghargai hidangan yang sering menemani mereka sejak zaman kanak-kanak lagi.

Di Malaysia, kita mungkin tidak begitu terkenal dengan sajian berasaskan pastri. Kebanyakan kuih-muih Malaysia biasanya digoreng atau dikukus dan mudah didapati di mana-mana sahaja.

Jika disebut mengenai pastri, sudah tentu makanan ini didominasi oleh budaya Barat yang disifatkan sebagai pelopor bagi segala teknik-teknik penghasilan pastri.

Secara umumnya, pastri adalah sejenis makanan yang diperbuat daripada doh tepung, air dan shortening (lemak tepu termasuklah mentega atau lemak binatang).

Biasanya, pastri akan dibakar (ada yang dimasak dengan kaedah gorengan) dan memiliki rasa sama ada savouri ataupun manis.

Antara pastri yang popular seperti tart, pai, soft ball dan sebagainya.

Namun, siapa sangka karipap yang sering menjadi santapan rakyat Malaysia ketika sarapan dan minum petang tersenarai dalam Senarai Pastri Terbaik Di Dunia.

Karipap diiktiraf antara 50 pastri tersedap di dunia

Karipap telah menduduki tangga ke-27 dalam senarai yang dikeluarkan oleh pihak Taste Atlas baru-baru ini. Melalui pemerolehan mata sebanyak 4.5, karipap berjaya mengatasi beberapa pastri terkenal dari seluruh dunia.

Antaranya, esclair (Perancis), canolli (Itali), brioche (Perancis), pastri Danish (Denmark), pain au chocolat (Perancis), bombolini (Itali) dan lain-lain lagi.

Tak dapat disangkal lagi, hidangan comel yang memiliki kulit keras dan rapuh berintikan sama ada kari kentang ataupn sardin ini dapat memikat deria rasa dunia.

Sudah semestinya, ia merupakan satu penghargaan bagi hidangan yang seringkali menjadi menu tetap peserta mana-mana kursus ini.

https://www.facebook.com/TasteAtlas/posts/pfbid02xZnZjaavCx41sWFvvwVc31q1mCor59kVyvCov7Rmkh5XJr6UotXW6dTjx3CxpFfpl

Pastri daripada negara jiran, Thailand turut tersenarai

Selain daripada karipap, kita turut berbangga dengan salah satu makanan asal Thailand yang turut tersenarai bersama.

Hanya ketinggalan tiga anak tangga di belakang Malaysia, Pa Thong Ko berjaya memperoleh 4.5 mata dalam senarai tersebut.

Pa thong ko atau lebih dikenali sebagai cakoi turut merupakan kudapan yang sering dihidangkan semasa minum petang.

Rasa lembut dan hangat roti digandingkan bersama sos kustard pandan yang manis mampu memberikan kesedapan yang tidak terhingga kepada pemakannya.

BACA: Roti Canai “Street Food” Kedua Paling Sedap Di Dunia

Sumber: Taste Atlas via Facebook

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.