Siakap Keli
roti canai makanan jalanan terbaik
Kredit: Astro Awani & Taste Atlas

Roti Canai “Street Food” Kedua Paling Sedap Di Dunia

Roti Canai “Street Food” Kedua Paling Sedap Di Dunia

Semalam, kita disajikan dengan berita bahawa pisang goreng dari Indonesia diangkat sebagai manisan bergoreng terbaik dunia.

Malangnya, dalam senarai tersebut, tiada satu pun makanan Malaysia yang tersenarai. Namun kali ini, anda tak perlu lagi bersedih kerana satu lagi senarai yang dikeluarkan Taste Atlas mampu mengubati hati anda.

Siapa sangka, roti canai yang sering menemani anda ketika waktu suka dan duka ini telah mendapat tempat kedua dalam Senarai Makanan Jalanan Terbaik Dunia.

Berkongsi mata bersama hidangan yang menduduki tempat pertama, Guotie (China)

Walaupun berkongsi mata yang sama iaitu 4.8 mata, Taste Atlas meletakkan Guotie dari China di tangga pertama sebagai makanan jalanan terbaik di dunia.

Justeru, kedudukan roti canai yang boleh dianggap sebagai soul food rakyat Malaysia di tangga kedua dalam senarai ini tetap membanggakan.

Malah, roti canai juga berjaya mengalahkan beberapa pesaiang yang memiliki reputasi yang lebih mendunia. Antara makanan tersebut adalah espestos (Sepanyol), carnitas (Mexico), Ban Mi (Vietnam).

Bukan itu sahaja, roti canai juga berjaya mengatasi makanan jalanan yang lebih popular seperti taco (Mexico), kaarage (Jepun) dan kebab (Turkiye).

Berbeza dengan kedudukannya dalam Senarai Manisan Bergoreng Terbaik Dunia, pisang goreng asal Indonesia hanya menduduki tangga ke-40 dalam senarai kategori ini.

Roti canai yang sinonim dengan bentuk bulat, sering disajikan pada waktu sarapan di Malaysia. Biasanya ia ditemani dengan kuah-kuah default seperti kuah dalca kari dan sambal.

Jika anda ada sedikit bajet, anda boleh upgrade pilihan kuah sedia ada dengan pilihan kuah yang lebih premium seperti kari kambing.

Ada juga yang gemar menjamah roti canai bersama pilihan kuah yang manis seperti mencampurkan gula dalam dalca ataupun susu pekat manis.

Selain daripada variasi kuah, roti canai itu sendiri mengalami pelbagai inovasi bagi memenuhi citarasa rakyat Malaysia.

Antaranya seperti roti telur, roti bawang, roti milo, roti cheese dan lain-lain lagi.

Pisang goreng Indonesia

Terdahulu, pisang goreng telah dinobatkan sebagai hidangan manisan bergoreng terbaik di dunia.

Anugerah berkenaan diberikan oleh Taste Atlas melalui satu senarai yang mengumpul manisan bergoreng terbaik di dunia, baru-baru ini.

Pisang goreng Indonesia mengumpul sebanyak 4.60 mata untuk dinobat sebagai manisan bergoreng terbaik.

Ia berjaya mengalahkan beberapa pesaing dari seluruh dunia seperti quarkbällchen (Jerman), pastelitos criollos (Argentina) dan fouskakia (Greek).

Lebih mengejutkan, pisang goreng turut mengalahkan beberapa manisan antarabangsa yang bersifat lebih mainstream. Antaranya bomboloni (Itali), churros (Sepanyol) dan donat (Amerika Syarikat).

BACA: Pisang Goreng Dinobat Manisan Bergoreng Terbaik Dunia

Sumber: Taste Atlas via Facebook

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma