Siakap Keli
Warga Emas Maut SUV Rempuh Pokok
Kredit: Bernama

Warga Emas Maut SUV Rempuh Pokok

Warga Emas Maut SUV Rempuh Pokok

LABUAN, 24 Feb (Bernama) — Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dipandunya terbabas sebelum merempuh pokok dalam kejadian di Jalan Tun Mustapha awal pagi ini.

Ketua Polis Labuan Supt Ahmad Jawilla berkata ketika kejadian mangsa Chan Wah Shin, 62, yang memandu sendirian hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh pokok di bahagian tepi jalan raya.

Beliau berkata mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian.

“Kenderaan dipandu mangsa terbabas memasuki haluan bertentangan,” katanya kepada Bernama.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan Ismaidi Ismail berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 1.21 pagi dan sepasukan 13 anggota digerak ke lokasi kemalangan.

Katanya, mangsa yang terperangkap berjaya dikekuarkan oleh anggota bomba sebelum paramedik mengesahkan telah meninggal dunia.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BACA: Feri Bawa 511 Penumpang Terkandas Di Muara Kuala Kedah

Sumber: Bernama

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma