Siakap Keli
Cuti kahwin 30 hari
Gambar: Unsplash

China Beri Cuti Kahwin 30 Hari Kepada Pengantin Baru, Terdesak Atasi Masalah Kadar Kelahiran

China Beri Cuti Kahwin 30 Hari Kepada Pengantin Baru, Terdesak Atasi Masalah Kadar Kelahiran

Beberapa wilayah di China dilapor telah merombak dasar cuti perkahwinan berikutan pergelutan untuk mencari jalan bagi menangani kadar kelahiran yang merosot sehingga menjejaskan ekonominya.

Menurut laporan Wion News, negara itu sebelum ini memberikan cuti perkahwinan bergaji selama tiga hari kepada pengantin baru di China.

Cuti kahwin 30 hari

Kini, mereka telah memberikan pasangan yang baru berkahwin cuti bergaji selama 30 hari, menurut akhbar kerajaan, People’s Daily Health.

Perubahan besar-besaran ini dibuat bertujuan untuk menggalakkan pasangan muda berkahwin dan mempunyai anak.

Baca: Terkenal Sebagai Kampung Jungkook & Jimin BTS, Rupanya Ini Yang Buat Ramai Tak Senang Duduk Bila Sebut Busan

Kelayakan dan faedah cuti selama sebulan kepada pasangan pengantin ini adalah harapan kepada negara itu agar dapat menghapuskan negara yang mengalami penurunan kadar kelahirannya.

Walaupun beberapa wilayah memberikan cuti perkahwinan selama 30 hari, namun masih ada juga beberapa wilayah lain yang menetapkan tempoh selama 10 hari.

Wilayah Gansu dan Shanxi memberi tempoh cuti selama 30 hari, manakala Shanghai 10 dan Sichuan pula masih kepada 3 hari, kata portal media itu.

Yang Haiyang, Dekan Institut Penyelidikan Pembangunan Sosial Universiti Kewangan dan Ekonomi Barat Daya, berkata, melanjutkan cuti perkahwinan adalah salah satu cara berkesan untuk meningkatkan kadar kesuburan.

“Pelanjutan cuti perkahwinan terutamanya di beberapa wilayah dan bandar yang mempunyai perkembangan ekonomi yang agak perlahan,” jelasnya.

Dasar satu anak di China

Penduduk China telah terjejas selepas negara itu menguatkuasakan dasar satu anak yang terkenal antara 1980 dan 2015.

Pada 2022, China mencatatkan kadar kelahiran terendah iaitu sebanyak 6.77 kelahiran bagi setiap 1,000 orang, lapor Wion News.

Sebelum ini, penduduk China telah berkurangan pada tahun 1961. Difahamkan bahawa ia adalah semasa zaman kebuluran di mana berpuluh juta orang terkorban di seluruh negara.

Peralihan demografi ditutup dikaitkan dengan kesan kewangan bagi mana-mana negara.

Dengan kadar kelahiran yang semakin berkurangan, negara terbabit juga melihat kepada penuaan penduduk yang pesat, yang belum pernah berlaku sebelum ini.

Memandangkan tenaga kerja di China terus berkurangan, impaknya juga akan dirasai ke atas ekonominya. Ekoran daripada itu, polisi satu anak sejak itu telah ditinggalkan.

Namun, terdapat faktor lain yang turut bermain seperti perubahan sikap terhadap faktor lain yang turut bermain.

Antaranya seperti perubahan sikap terhadap perkahwinan dan keluarga dalam kalangan belia Cina, ketidaksamaan jantina dan cabaran ekonomi dalam membesarkan anak.

Sumber: Wion News

Noorliyana Ishak

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.