Siakap Keli
makluman ancaman tsunami
Gambar: AFP /JIJI PRESS & AFP / JIJI PRESS / Sadatsugu Tomizawa

Ini Sebabnya Makluman Ancaman Tsunami Dikeluarkan Walau Gempa Berlaku Di Negara Lain

Ini Sebabnya Makluman Ancaman Tsunami Dikeluarkan Walau Gempa Berlaku Di Negara Lain

Bencana alam merupakan satu kejadian ataupun malapetaka yang membawa kemusnahan dari pelbagai aspek.  Ia meliputi kemusnahan infrastrusktur dan nyawa orang awam.

Fenomena luar jangka ini juga mempunyai pelbagai jenis seperti tanah runtuh, gempa bumi, ribut taufan, banjir dan termasuklah tsunami.

Umumnya, kita telah banyak menyaksikan pelbagai bencana tsunami yang dahsyat berlaku seperti yang melanda di Jepun pada tahun 2011 dan Acheh pada tahun 2004. Tsunami kebiasaannya berlaku susulan gempa bumi kuat yang melanda di sesuatu kawasan.

Makluman Ancaman Tsunami

Seperti yang diketahui, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) agensi yang mengeluarkan sebarang makluman atau amaran berkaitan bencana itu.

Walaupun gempa bumi itu berlaku di negara luar, namun MetMalaysia tidak pernah ketinggalan untuk memberikan makluman kepada orang awam mengenai kejadian tersebut.

Jika ada yang perasan, MetMalaysia kebiasaannya turut memaklumkan bahawa gempa bumi di sesuatu negara itu tidak memberikan ancaman tsunami kepada Malaysia.

Jadi, apakah kepentingan di sebalik pemberitahuan tersebut walaupun gempa yang berlaku tidak berisiko membawa tsunami kepada negara?

Sebelum, mari kita fahami dengan lebih terperinci berhubung tsunami oleh MetMalaysia di bawah ini.

Apa itu Tsunami?

Pertama sekali, kita mestilah perlu mengetahui maksud “Tsunami” itu. Sebenarnya, Tsunami berasal daripada perkataan Jepun iaitu “Tsu” bermaksud pelabuhan manakala “Nami” pula bererti gelombang.

metmalaysia tsunami
Gambar: AFP / JIJI PRESS

Bencana ini merupakan suatu gelombang yang besar. Ia mempunyai jarak dan masa gelombang yang agak panjang.

Menurut MetMalaysia, perbezaan masa antara setiap puncak gelombang adalah dalam lingkungan kira-kira 10 minit sehingga satu jam.

Kebiasaannya, ia berlaku secara impulsif  disebabkan oleh gangguan pada dasar laut secara tiba-tiba terangkat selepas berlaku sesuatu gempa bumi.

BACA JUGA: Bentuk Unik Seakan UFO, Kenali Awan Lentikular & Bagaimana Ia Terbentuk

Disebabkan itu, ia mendorong kepada berlakunya gempa bumi dan seterusnya tsunami besar.

Tsunami juga boleh tercetus akibat tanah runtuh di dasar laut, ledakan gunung berapi, letupan, dan juga bahan kosmik seperti meteorit yang terhempas.

Gambar: AFP / JIJI PRESS /Sadatsugu Tomizawa

Kenapa Makluman Ancaman Tsunami Dikeluarkan Di Malaysia?

Menurut MetMalaysia, terdapat tiga kategori tsunami yang berlaku termasuklah Tsunami Tempatan, Tsunami Serantau dan Tsunami Merentas Lautan.

Tsunami Tempatan

Tsunami ini punca dari berdekatan atau umumnya dalam lingkungan 200 kilometer dari punca tsunami, Tempoh ketibaan tsunami ini kurang sejam. Biasanya kesan kemusnahan terhad di kawasan pantai sahaja.

Tsunami Serantau

Tsunami yang boleh memusnahkan suatu rantau. Biasanya punca tsunami berada dalam lingkungan 1,000 kilometer. Tempoh ketibaan tsunami di antara satu hingga tiga jam dari punca tsunami.

BACA JUGA: Oyen Buat Hal Lagi, Kali Ini Menyamar Jadi Kapibara Di Zoo Negara

Tsunami Merentas Lautan/Jarak Jauh

Tsunami ini berasal dari punca yang jauh. Umumnya melebihi 1,000 km atau melebihi tempoh ketibaan tsunami melebihi tiga jam.

Biasanya bermula sebagai tsunami setempat yang menyebabkan kemusnahan teruk di kawasan berdekatan punca tsunami.

Gelombang ini akan bergerak merentasi lautan dengan tenaga yang mampu mengakibatkan kerosakan tambahan di kawasan pantai yang berada lebih 1,000 kilometer dari punca tsunami.

“Untuk makluman, jika gempa kuat berlaku di luar Malaysia, tsunami jarak jauh boleh berlaku jika gempa tersebut berlaku berhampiran pantai atau laut,” jelas MetMalaysia ketika dihubungi SK.

Ciri-ciri Tsunami

Tsunami juga menunjukkan ciri-ciri yang berbeza apabila bergerak ke kawasan laut yang berbeza kedalaman.

Di kawasan laut, ia boleh bergerak pada kelajuan 800 kilometer per jam (km/j) dengan amplitude gelombang hanya dalam beberapa sentimeter.

Manakala, semakin ia menghampiri kawasan pantai yang cetek, kelajuan gelombang tsunami berkurangan namun ketinggiannya semakin bertambah.

Tsunami boleh membentuk dinding air dengan ketinggian 30 meter atau lebih.

Bagaimana Tsunami Tercetus

Tsunami biasanya terhasil apabila berlaku perubahan pada kedudukan dasar laut secara tiba-tiba. Perkara ini membuatkan air berkocak kuat.

Gempa bumi tektonik merupakan gempa bumi yang biasanya akan menyebabkan kecacatan atau perubahan pada kerak bumi.

Walau bagaimanapun, tidak semua perubahan itu mengundang ancaman tsunami. Untuk tsunami itu berlaku, gegaran akibat gempa bumi yang berlaku mestilah berukuran 6.5 magnitud dan lebih.

BACA JUGA: Viral Air Laut Didakwa Tiba-tiba Surut, Penduduk Kampung Gempar & Resah Takut Tsunami Berlaku

Selain itu, gegaran juga perlu berlaku pada kedalaman kurang daripada 100 kilometer di kawasan laut atau berhampiran laut.

Barulah air akan berubah kedudukan keseimbangan di kawasan terjadinya gempa di dasar laut.

Oleh hal yang demikian, gelombang akan terhasil dari perubahan jisim air akibat dipengaruhi graviti. Susulan itu, ia akan menghasilkan bencana yang dipanggil tsunami.

makluman ancaman tsunami
Gambar: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)

Langkah-Langkah Keselamatan Tsunami

Seperti yang diketahui, tidak semua gempa bumi menyebabkan tsunami. Bagaimanapun, kebanyakannya berpotensi untuk menghasilkan gelombang bencana tersebut.

Sehubungan itu, pihak-pihak bertanggungjawab mengumumkan ancaman tsunami seperti MetMalaysia.

makluman ancaman tsunami
Gambar: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)

Sebelum berlakunya tsunami, kebiasaannya air laut surut secara tiba-tiba. Perkara ini perlu diambil berat oleh orang awam supaya dapat mengambil langkah keselamatan yang sewajarnya.

Tambah MetMalaysia, semua tsunami berisiko menjadi berbahaya walaupun ia tidak memberikan impak yang serius.

Sekiranya, orang ramai tidak mengambil endah tanda dan amaran. Mereka berkemungkinan tidak berupaya menyelamatkan diri ketika gelombang tsunami sudah menghampiri.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia)

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?