Siakap Keli
oyen buat hal lagi
Gambar: TikTok nabilnash_

Oyen Buat Hal Lagi, Kali Ini Menyamar Jadi Kapibara Di Zoo Negara

Oyen Buat Hal Lagi, Kali Ini Menyamar Jadi Kapibara Di Zoo Negara

Cuaca sejuk sejak kebelakangan ini ekoran hujan yang sering melanda negara kita membuatkan pergerakan haiwan menjadi lebih terbatas dan lebih memilih untuk berteduh serta merehatkan badan.

Terkenal dengan telatahnya yang tidak pernah kering gusi, seekor kucing berwarna oren atau nama popular (oyen) dikesan sedang berehat bersama kawanan kapibara di Zoo Negara.

Seperti yang diketahui, kucing merupakan haiwan yang tidak menyukai air dan kebiasaannya mengelakkan diri daripada basah, Berdasarkan sebuah video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok, nabilnash_ memaparkan kelibat si bulus di belakang haiwan itu.

@nabilnash_

Mana2 ada si oyen ni 😂 #yzxbca #trending #zoonegara #oyen #capybara #fypシ #takkroni

♬ Funny Song – Cavendish Music

Sekali imbas, pasti tidak menyangka kelibat si comel itu sedang berteduh dengan haiwan berkenaan di sebuah ruangan sewaktu hujan sedang turun.

Bagaimanapun, setelah di ‘zoom’ anda pasti terkejut seekor kucing dengan ekspresi wajah dan matanya rapat tertutup seolah-olah kecewa dipercayai berlindung daripada terkena hujan.

Video itu tular dan mendapat perhatian daripada warganet yang membanjiri ruangan komen. Rata-rata pengguna media sosial berkenaan memberikan komen mencuit hati dengan sikap yang ditonjolkan kucing tersebut.

Oyen Buat Hal Lagi Kali Ini Menyamar Jadi "Imposter"

Oyen Buat Hal Lagi Kali Ini Menyamar Jadi "Imposter"
Gambar: TikTok nabilnash_

Video itu telah mendapat lebih 470,000 tontonan dan lebih 80,000 tanda ‘Suka’ serta 2789 perkongsian di TikTok.

Sumber: TikTok nabilnash_

BACA: “Baju Diconteng, Buku Dikoyak & Dibuang, Tapi Akhirnya Aku Yang Dimarahi Guru, Siap Kena Pulau Dengan Kawan-kawan”

BACA JUGA: Oyen: “Di Luar Samseng, Di Rumah Makan Mak Suap..”

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?