Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Anwar, Xi Adakan Pertemuan Dua Hala Kali Keempat

anwar xi
Kredit: Bernama

SHENZHEN (China), 20 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden China Xi Jinping, memperkukuh hubungan diplomatik yang erat antara Malaysia dan China.

Iklan

Pertemuan selama 20 minit itu berlangsung di Rumah Tamu Negara Qilin Villa dan merupakan pertemuan kali keempat antara Anwar dan Xi, mencerminkan hubungan peringkat tinggi yang berterusan dalam Malaysia dan China terus memperkukuh kerjasama strategik mereka.

Pertemuan dua hala pertama mereka telah diadakan pada 7 Nov 2024 di Beijing, China, diikuti pertemuan kedua pada 16 April 2025 di Putrajaya.

Pertemuan ketiga adalah pada 2 Sept 2025 di Beijing, China.

Anwar berada di Shenzhen untuk Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-33, yang menghimpunkan pemimpin ekonomi anggota untuk membincangkan kerjasama ekonomi serantau, perdagangan, kesalinghubungan dan cabaran yang wujud.

Intipati
  • Anwar Ibrahim bertemu Xi Jinping selama 20 minit di Rumah Tamu Negara Qilin Villa.
  • Pertemuan di Shenzhen itu merupakan pertemuan dua hala keempat antara kedua-dua pemimpin.
  • Anwar berada di Shenzhen bagi Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC ke-33.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan