Siakap Keli
jbpm pembakaran terbuka
Gambar: Bernama

JBPM Perlis Nasihat Orang Awam Elak Buat Pembakaran Terbuka

JBPM Perlis Nasihat Orang Awam Elak Buat Pembakaran Terbuka

KANGAR, 27 Feb (Bernama) — Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis menasihati orang ramai supaya tidak melakukan aktiviti pembakaran secara terbuka, bagi mengelakkan lebih banyak berlaku kebakaran sewaktu musim Monsun Timur Laut, yang dijangka berlarutan sehingga Mac.

Pengarah JBPM Perlis Penguasa Kanan Bomba I Ruhisha Haris berkata sepanjang musim Monsun Timur Laut atau dikenali di Perlis sebagai Musim Angin Timur, cuaca panas dan kering itu boleh mencecah sehingga 39 darjah Celsius.

Selain itu, Ruhisha turut menasihati pesawah tidak melakukan pembakaran jerami padi dalam kuantiti yang besar, kerana dikhuatiri akan mengundang kepada kebakaran.

BACA JUGA: Bagai ‘Alam Fantasi’, Teleskop James Webb NASA Dedah Gambar Terkini Alam Semesta

“Menjadi kelaziman pesawah di sebelah negeri utara seperti Perlis mengguna kaedah membakar jerami selepas musim menuai padi, kita sarankan ia dibakar pada skala yang kecil dan mengambil langkah-langkah keselamatan agar api tidak merebak,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perbarisan Tahunan JBPM Perlis di Ibu Pejabat JBPM negeri, di sini hari ini.

Pada majlis ini juga, JBPM Perlis turut menyampaikan sijil penghargaan kepada rakan strategik serta agensi media termasuk Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), dalam melaporkan berita berkaitan dengan jabatan tersebut.

Ruhisha berkata tahun ini sahaja pihaknya telah menerima sebanyak 109 kes berkaitan kebakaran belukar, bendang (sawah) dan longgokan sampah.

Beliau berkata mereka yang melakukan pembakaran terbuka boleh dikenakan denda oleh Jabatan Alam Sekitar di bawah Seksyen 29A larangan atas pembakaran terbuka, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti yang Diistiharkan) 2003.

Sumber: BERNAMA

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?