Siakap Keli
wajah wanita Nabataean purba
Kredit: CNN

Arab Saudi Dedah Wajah Wanita Nabataean Purba Lebih 2,000 Tahun Dahulu

Arab Saudi dilapor melancarkan pembinaan semula wajah seorang wanita Nabataean purba selepas beberapa tahun dihasilkan oleh ahli sejarah dan ahli arkeologi, memetik laporan CNN.

Difahamkan, pembinaan semula wajah ini merupakan yang pertama dilakukan dan diaspirasikan daripada mayat Hinat.

Hinat, mayat seorang wanita Nabataean ditemui pada 2015 di sebuah kubur berusia 2,000 tahun di Hegra, sebuah tapak arkeologi di bandar oasis purba AIUIa barat laut, Arab Saudi.

Malah, kos pembinaannya semula ditanggung oleh Suruhanjaya Diraja untuk AIUIa yang mula dibina di United Kingdom pada 2019.

Arab Saudi Dedah Wajah Wanita Nabataean
Kredit: CNN

Imbas kembali cara pembinaannya bermula daripada pasukan pakar pelbagai bidang yang membina semula serpihan tulang yang ditemui di dalam kubur.

Seterusnya, mereka membina semula penampilannya menggunakan data antropologi dan arkeologi sebelum diolah menggunakan pencetak 3D untuk menghidupkan wajahnya.

Untuk pengetahuan umum, orang Nabataean merupakan tamadun Arab kuno yang mendiami utara Arab dan Levant lebih 2,000 tahun dahulu.

Pada ketika itu, bandar Petra purba Jordan adalah ibu kota kerajaan mereka sekali gus menjadi tempat perdagangan antarabangsa yang bertenaga komersial untuk rempah-rempah, ubat-ubatan dan fabrik yang dihasilkan oleh orang Nabataean sendiri.

Seperti diketahui, Hegra merupakan sebuah tapak Warisan Dunia UNESCO dan pernah menjadi pusat perdagangan antarabangsa yang berkembang pesat.

Tidak hanya itu, terdapat juga rumah penduduk Nabataean yang dibuka sebagai tapak pelancongan pada 2020.

Arab Saudi Dedah Wajah Wanita Nabataean
Kredit: CNN

Tamadun Nabataean dipercayai tidak meninggalkan teks sejarah yang penting atau maklumat mengenainya.

Malah penemuan itu hanya dikaji daripada inskripsi pada makam dan batu di seluruh Timur Tengah atau daripada ahli arkeologi.

Ahli arkeologi Lubnan-Perancis, Laila Nehme berkata, “Orang Nabataean adalah sedikit misteri. Kami tahu banyak tetapi pada masa yang sama kami tahu sangat sedikit kerana mereka tidak meninggalkan sebarang teks atau rekod sastera.

“Menggali makam itu adalah peluang yang baik untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengetahuan mereka tentang kehidupan ‘seterusnya’.

“Makam itu mempunyai ukiran yang sangat cantik pada muka depannya yang mengatakan ia milik seorang wanita bernama Hinat,” katanya.

Tambah Nehme, abjad Nabataean berkembang menjadi bahasa Arab moden.

Akan tetapi, tidak semua orang percaya kejayaan sejarah itu semestinya merupakan gambaran yang tepat tentang Nabatea kuno.

Sementara itu ahli arkeologi di Universiti Sains dan Teknologi King Abdullah di Arab Saudi, Laurence Hapiot berkata, “Masih terdapat beberapa tafsiran bukan saintifik dalam pembinaan semula muka.”

Sumber: CNN

Florence Nuar

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.