Siakap Keli
nokia tukar logo
Gambar: RTE

Nokia Umum Tukar Logo Rasmi Baharu

Buat Pertama Kali Dalam Beberapa Dekad, Nokia Umum Tukar Logo Rasmi Baharu

Syarikat telekomunikasi Nokia mengumumkan bakal menukar logonya buat pertama kali dalam beberapa dekad untuk menukar identiti jenama mereka, lapor CNN.

Rekaan logo baharu yang menampilkan lima bentuk berbeza yang digabungkan untuk membentuk perkataan NOKIA itu diumumkan pada hari Ahad lepas.

Jenis tulisannya adalah lebih elegan dan warna biru klasik yang menjadi ikonik sebelum ini digantikan dengan pelbagai warna.

Baca: Terkenal Sebagai Kampung Jungkook & Jimin BTS, Rupanya Ini Yang Buat Ramai Tak Senang Duduk Bila Sebut Busan

Nokia tukar logo

“Kami mengekalkan logo sebelum ini, tetapi menjadikannya lebih kontemporari dan digital untuk mencerminkan identiti semasa kami,” tulis Ketua Pegawai Eksekutif, Pekka Lundmark.

Gambar: Nokia

Sebelum ini, Nokia pernah menjadi telefon bimbit yang amat terkenal dan sinonim dengan era telefon flip.

Namun, Nokia kemudiannya bergelut untuk bersaing bersama syarikat lain termasuk Apple, Samsung dan sebagainya dalam pasaran telefon pintar.

Pada tahun 2014, Nokia telah menjual perniagaan telefon mudah alihnya kepada Microsoft, tetapi ia mengakibatkan Microsoft mengalami penurunan nilai sebanyak 8.4 bilion dolar Amerika (RM37.5 bilion) pada tahun berikutnya.

Beralih kepada teknologi rangkaian mudah alih

Sejak itu, syarikat tersebut telah bergelut untuk membuang reputasinya sebagai syarikat telekomunikasi dan memberi tumpuan kepada teknologi rangkaian mudah alih.

Nokia kini berjaya membuat banyak hasil daripada jualan perniagaannya dan merancang untuk mengembangkan ke dalam pasaran perusahaan.

“Untuk mencapai kejayaan ini, kami memperbaharukan jenama kami bagi mencerminkan siapa kami hari ini iaitu peneraju inovasi teknologi B2B,” kata Lundmark.

“Ini adalah Nokia, tetapi tidak seperti apa yang dunia lihat kita sebelum ini,” katanya.

Perubahan logo itu diumumkan menjelang Kongres Dunia Telefon Mudah Alih (MWC) di Barcelona yang bermula pada Isnin.

Difahamkan, Lundmark yang menyertai syarikat itu pada 2020, akan menyampaikan ucapannya pada hari Selasa untuk berkongsi tentang pembangunan yang akan mengubah cara melihat identiti Nokia selama-lamanya, menurut laman web syarikat itu.

Terdahulu, Firstpost melaporkan bahawa pemilik Facebook, Mark Zuckerberg mengumumkan gergasi media sosial itu akan menukar nama syarikat induknya kepada Meta pada Oktober 2021.

Penjenamaan semula dibuat apabila syarikat itu menghadapi beberapa krisis perhubungan awam.

Zuckerberg menggariskan bahawa nama baharu itu sesuai dengan visi realiti maya syarikat untuk masa depan, menurut The Guardian.

Sumber: CNN, Firstpost

Noorliyana Ishak

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.