Siakap Keli
persiapan umrah

5 Persediaan Penting Anak Kena Buat Untuk Mak Ayah Sebelum Kerjakan Umrah, Elak Jadi Kelam Kabut

Semua orang sudah semestinya mempunyai impian dan juga harapan yang nak ingin dicapai kan? Ada orang nak beli rumah atau kereta sendiri, ada juga nak bahagiakan ahli keluarga dengan rezeki sendiri dan banyak lagi. Selain semua tu, boleh dikatakan dah menjadi impian ramai orang di muka bumi ni terutamanya yang beragama Islam untuk mengerjakan umrah di Tanah Suci.

Apabila sudah cukup rezeki dan berpeluang untuk korang menunaikan umrah di Tanah Suci, mesti korang nak pastikan yang ibadah tersebut dapat dikerjakan dengan sempurna.

Sebab bukan mudah nak dapat peluang sebegini. Sebagai persediaan awal sebelum berangkat untuk mengerjakan umrah, pelbagai persediaan perlu dibuat dengan rapi. Bukan semata-mata persiapan beg, tapi dari segi pengurusan kewangan juga harus bijak dilakukan.

Kalau yang nak pergi tu mak ayah korang, anak-anak kena ambil peranan ni untuk memastikan yang mereka dah dipersiapkan semuanya sebelum meneruskan perjalanan untuk menunaikan umrah di Tanah Suci tu. Kesian pula kalau diorang kena selesaikan semua sendiri kan, mesti diorang kelam kabut nanti.

Untuk korang yang tak tahu lagi, ada beberapa perkara yang korang perlu pastikan lengkap tau. Antara persediaan yang wajib dilakukan adalah:

  • Visa/Passport
  • Vaksin
  • Pakaian Umrah (ihram)
  • Kewangan
  • Kecergasan tubuh badan

Antara kelima-lima perkara penting tersebut, yang bab kewangan tu perlu diberikan penekanan supaya dapatlah mereka beribadah dengan tenang dan selamat. Sebabnya, nak menunaikan umrah ni, perjalanan pergi sahaja mengambil masa lebih kurang 9 jam, bukannya dekat tau. Jika persediaan kewangan telah dilakukan dengan lebih awal dan rapi, anak-anak juga gembira dan tenang untuk membenarkan mak ayah mengerjakan ibadah umrah. Takdelah risau.

Antaranya ialah masalah duit tercicir, jadi mangsa penyeluk saku, ataupun terpaksa menanggung cas pertukaran mata wang luar negara. Kan dah susah kalau duit yang mak ayah bawa tu kena curi, lagi huru hara nak buat laporan polis dan sebagainya nanti.

Bila diorang hanya guna eWallet ni, mereka hanya perlu membawa kad Visa Prepaid untuk berbelanja. Anak-anak pula menguruskan aplikasi hanya dengan topup wang dan urusan pertukaran mata wang dari MYR kepada Riyal. Bukan itu sahaja, anak-anak juga dapat memantau transaksi pembelian ibubapa.

Bila mak ayah dah tak perlu risau dengan masalah duit dan sebagainya, boleh la mereka fokus untuk melakukan ibadah dengan khusyuk sewaktu diorang di Tanah Suci tu.

Merchantrade Money

Kalau bimbang mak ayah yang menunaikan umrah jadi mangsa seperti contoh di atas, elakkan mereka daripada membawa cash ke sana. Salah satu jalan penyelesaian adalah dengan guna Merchantrade Money ni.

Merchantrade Money, eWallet, MYR kepada Riyal, Pakaian Umrah (ihram), Tanah Suci, MYR kepada Riyal, 20 Mata Wang Berbeza, Persediaan Penting Sebelum Kerjakan Umrah.

Ada banyak kebaikannya tau kalau korang guna Merchantrade Money ni, sebab ia memudahkan korang untuk bawa duit ke mana-mana sahaja.

20 Mata Wang Berbeza

Dengan menggunakan Merchantrade Money, kalau korang nak bawa duit sebanyak-banyaknya ke negara lain pon takde masalah sebab Merchantrade Money boleh simpan sehingga 20 mata wang yang berbeza dengan had dompet sehingga RM20,000.

Jadinya, kalau korang dah sampai ke destinasi yang dituju, korang boleh terus berbelanja dengan bebas tanpa caj penukaran. Baru la boleh kata jimat betul.

Kad Prabayar Sendiri

Yang bestnya, diorang menyediakan kad prabayar diorang sendiri tau. Bila dah ada kad prabayar sendiri, mudah la untuk korang jadikannya sebagai kad ATM untuk membuat pengeluaran wang dari ATM Visa Plus yang tersedia di seluruh dunia tau. Korang juga akan lebih mudah utuk pindahkan wang dari kad ke kad. Tak kalut nak kena cari ATM lain. Nak hantar duit kepada ahli keluarga yang berada di negara lain pon boleh.

Pembelian Insurans

Tambahan lagi, tak perlu la pening nak beli insurans perjalanan sebelum korang travel, korang boleh beli terus dalam aplikasi Merchantrade Money dengan mudah. Jadinya, korang tak perlu nak ke laman web yang berbeza semata-mata untuk membeli insurans perjalanan je. Lagi-lagi untuk mereka yang tak pandai sangat nak guna teknologi kan.

Aplikasi Tempatan

Akhir sekali, nak buat pembayaran di negara lain pon dah lebih senang macam buat pembayaran di negara sendiri. Korang cuma menggunakan kad Merchantrade Money ni sebagai kaedah pembayaran di aplikasi lain. Sebagai contoh, order makanan di aplikasi dan membuat pembayaran menggunakan kad Merchantrade Money.

Tunggu apa lagi korang, mudahkan perjalanan dan pengalaman mak ayah korang untuk mengerjakan umrah di Tanah Suci dengan menggunakan Merchantrade Money ni. Untuk maklumat lanjut layari je laman web www.merchantrademoney.com. Mudah untuk mak ayah dan juga anak-anak.

Nor Fakhry