Jual Nasi Lemak Macam Baju Bundle, Siap ‘Live’ & Boleh ‘Lock’
Umum mengetahui pada ketika ini teknologi merupakan perkara yang paling memberikan banyak kebaikan dalam kehidupan harian.
Kalau dahulunya, ramai yang mencari wang pencarian dengan hanya bekerja secara fizikal di premis-premis yang memerlukan.
Tetapi kini, seseorang individu boleh bekerja tanpa memerlukan majikan untuk menjana pendapatan bulanan.
Sekarang boleh dilihat rata-rata peniaga atau orang awam menggunakan faedah teknologi untuk mencari pendapatan seperti melakukan jualan atas talian.
Sekiranya sudah terbiasa sertai jualan secara langsung atau live, sudah pasti biasa mendengar perkataan lock atau kunci.
Perkataan lock digunakan jika seseorang mahu membeli barang yang dijual oleh penjual dan perlu membuat bayaran selepas ‘mengunci’ barangan itu.
BACA: Tengah “Live”, Wartawan Turkiye Selamatkan Mangsa Gempa
Peniaga jual nasi lemak dalam live
Peniaga nasi lemak, @hanaezydeals menggunakan platform TikTok untuk menjual nasi lemak secara dalam talian.
Walaupun individu tersebut mempunyai kedai fizikal, namun apabila dia membuat live dan ramai pembeli di atas talian berminat dengan nasi lemak tersebut.
Pun begitu, nasi lemak itu hanya dijual kepada pembeli yang berada berdekatan dengan gerainya sahaja.
Dalam satu perkongsian, peniaga nasi lemak terbabit membungkus pesanan yang dibuat oleh pembeli melalui live yang dibuat olehnya.
Individu tersebut membungkus nasi tersebut tanpa mengetahui sama ada pembeli itu bersifat main-main atau serius.
Namun, dia hanya membungkus tanpa berfikir panjang.
“Nak nasi lemak telur dua nasi ayam tiga tambah satu lagi, ayam jadi empat.
“Saya dah lock dah nasinya,” kata peniaga nasi lemak itu ketika membaca komen dalam live yang dibuat olehnya.
Lama-kelamaan, makin ramai yang membeli nasinya dan individu terbabit hanya menuruti, iaitu membungkus pesanan mereka.
“Ai, semua orang pakai lock dalam ni je,” ujarnya.
Dalam pada itu, pembeli juga mahu menunjukkan kesungguhan bahawa mereka adalah pelanggan yang jujur.
Oleh itu, mereka bertindak untuk memaklumkan kepada peniaga itu berkenaan dengan lokasi supaya individu tersebut percaya kepadanya.
Bak kata orang rezeki tidak pernah salah alamat, salah satu pembeli datang untuk mengambil pesanan yang dibuat olehnya.
Peniaga tersebut berasa gembira dan memberikan bungkusan pelanggan itu.
Reaksi netizen
Rata-rata orang ramai memberi respons positif dengan tindakan peniaga itu dan ada sesetengah yang tidak percaya bahawa nasi lemak boleh dijual dalam talian, secara live.
Netizen turut berkata zaman teknologi ini membantu para peniaga untuk menggembangkan perniagaan mereka.



Sumber: @hanaezydeals via Tiktok