Siakap Keli
siasatan polis tiga tembakan
Gambar: BERNAMA

Siasatan Kes Mayat Polis Dengan Tiga Kesan Tembakan Selesai, Tiada Unsur Jenayah – Polis

Siasatan Kes Mayat Polis Dengan Tiga Kesan Tembakan Selesai, Tiada Unsur Jenayah – Polis

PDRM mengesahkan kematian anggota polis yang ditemui dengan tiga kesan tembakan, tidak memiliki sebarang elemen jenayah, lapor Astro Awani.

Sebelum ini, anggota polis berpangkat Sarjan itu ditemui dengan kesan tembakan pada leher, dada dan kepala di belakang bangunan Balai Polis Bayan Lepas, pada 19 Februari lalu.

Menurut Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain, siasatan berkenaan insiden berkenaan telah selesai dijalankan.

Manakala kematian mangsa pula diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

“Kita dah tengok dari sudut criminal (jenayah) dia tidak ada, kesan daripada bedah siasat dan juga lawatan Patologi ke tempat kejadian, ianya konsisten dengan dapatan pertama kita bahawa ianya adalah satu tindakan bunuh diri.

Tiada unsur jenayah, siasatan mayat polis dengan kesan tiga tembakan selesai

“Saya rasa kes ini tidak ada lagi spekulasi sama ada ianya ada elemen jenayah atau apa di dalamnya, tidak ada lagi lah. Saya rasa siasatan kita di situ saja lah, kita akan hantar kepada inkues selepas ini,” katanya seperti dilaporkan Astro Awani.

Terdahulu, mayat anggota polis berusia 51 tahun itu ditemui dengan tiga kesan tembakan di belakang bangunan Balai Polis Bayan Lepas. Mayatnya ditemui kira-kira jam 3.30 petang, 19 Februari lalu.

Memetik Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt Kamarul Rizal Jenal, sepucuk pistol turut ditemukan pada mayat polis yang dilaporkan bertugas di balai polis berkenaan.

“Anggota polis itu meninggal dunia dengan kesan tembakan di leher, dada dan kepala serta pihak polis turut menemukan sepucuk pistol berada bersamanya,” katanya.

BACA: Sarjan Maut Dengan Kesan Tembakan Di Belakang Balai Polis

Sumber: Astro Awani 

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma