Siakap Keli
pilihan raya turkiye
Gambar: ADEM ALTAN/AFP

Tidak Ditangguhkan, Pilihan Raya Turkiye Diadakan Pada 14 Mei

Tidak Ditangguhkan, Pilihan Raya Turkiye Diadakan Pada 14 Mei

ISTANBUL — Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan hari ini menafikan sebarang penangguhan pada pilihan raya Turkiye nanti selepas gempa bumi yang melanda awal Februari lalu.

Memetik AFP, negara berkenaan dilaporkan akan mengadakan pilihan raya umum pada 14 Mei 2023 nanti.

“Rakyat akan menjalankan tanggungjawab mereka pada 14 Mei ini,” kata ahli Parlimen itu di Ankara.

Beliau sebelum ini telah mencadangkan pilihan raya diadakan pada tarikh tersebut bagi memastikan kerajaannya yang berteraskan Islam kekal hingga 2028.

Tambahan lagi, timbul spekulasi yang mengatakan tarikh pengundian itu akan diteruskan seperti biasa.

Bagaimanapun, pada awal bulan lalu menyaksikan gempa bumi dahsyat melanda negara berkenaan. Bencana itu mengakibatkan lebih 45,000 orang terkorban di Turkiye.

Susulan itu, Erdogan mengisytiharkan darurat selama tiga bulan di 11 wilayah yang dilanda gempa itu. Kesemua wilayah terlibat berkemungkinan tidak dapat melakukan kempen pilihan raya akibat impak gegaran kuat.

Terdahulu, satu gegaran gempa bumi dikesan berlaku di Turkiye selepas beberapa siri gempa bumi yang berlaku pada awal bulan lalu, lapor Daily Mail.

BACA JUGA: Suasana Di Turkiye Kini Tak Ubah Seperti Di Medan Perang

Difahamkan, gempa berukuran 5.5 magnitud telah melanda tengah negara itu. Gegaran itu direkodkan selang beberapa hari selepas dua gempa bumi yang di negara berkenaan berhampiran sempadan Syria.

Gegaran dilaporkan berlaku pada jam 10.27 pagiĀ  waktu tempatan. Gempa berkenaan dilaporkan berlaku di 40 kilometer selatan bandar Aksaray dan 18 kilometer timur laut Emirgazi dengan kekuatan 5.2 magnitud pada kedalaman 10 kilometer.

Susulan itu, Pusat Seismologi Eropah-Mediteranean telah membunyikan penggera. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dalam gempa yang berlaku itu .

Timbalan Presiden Turkiye, Fuat Oktay dalam satu ciapan di Twitter berkata pasukan khas telah ditugaskan ke lokasi kejadian. Ia bagi menilai kerosakan yang berlaku akibat gempa itu.

“Tiada kejadian buruk berlaku sehingga kini. Semoga cepat sembuh kepada semua rakyat yang terjejas akibat gempa bumi di daerah Bor Nigde,” katanya.

Sejak gempa pada awal Februari lalu, jutaan rakyat di Turkiye dan Syria hilang tempat tinggal.

Sumber: AFP via Barrons

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?