Siakap Keli
Elon Musk paling kaya
Gambar: AFP

Elon Musk Rampas Gelaran Manusia Paling Kaya Di Dunia

Elon Musk Rampas Gelaran Manusia Paling Kaya Di Dunia

Pengasas syarikat SpaceX, Elon Musk dilaporkan berjaya merampas semula gelaran manusia terkaya di dunia, lapor Metro UK.

Menurut Indeks Bilionaires Bloomberg, saham syarikat kereta elektriknya, Tesla Inc. naik 100 peratus pada Januari.

Secara tidak langsung, ia meningkatkan nilai bersih semasanya kepada 186 bilion dolar Amerika (RM832 bilion).

Hal tersebut telah menyebabkan Musk sekali lagi menjadi manusia terkaya di dunia pada tahun ini.

Pada bulan Disember, Elon Musk kehilangan gelarannya sebagai manusia paling kaya di dunia kepada Bernard Arnault, pengasas syarikat berjenama mewah terkemuka dunia, menurut penjejak kekayaan Forbes.

Baca: Terkenal Sebagai Kampung Jungkook & Jimin BTS, Rupanya Ini Yang Buat Ramai Tak Senang Duduk Bila Sebut Busan

Sejak kebelakangan ini, Arnault, yang memiliki syarikat induk Louis Vuitton LVMH dan juga Musk menduduki tempat teratas dalam senarai individu terkaya dunia.

Arnault dan keluarganya menjadi individu terkaya di dunia apabila kekayaan mereka melonjak kepada 185.4 bilion dolar Amerika (RM829.8 bilion).

Menurut laporan Metro UK, nilai bersih semasa mereka berjumlah 184 bilion dolar Amerika (RM823.5 bilion), hanya kurang beberapa bilion daripada Musk.

Musk memiliki beberapa syarikat tetapi sebahagian besar kekayaaannya terikat dalam syarikat kereta elektriknya Tesla.

Pada tahun lalu, Elon Musk tidak berada dalam senarai teratas individu paling kaya apabila saham dalam Tesla Inc. itu merosot.

Orang Pertama Hilang 2 Bilion

Bagaimanapun, Musk memulakan tahun ini dengan menjadi orang pertama dalam sejarah yang kehilangan kira-kira 2 bilion dolar Amerika (RM8.95 bilion).

Pada masa ini, SpaceX adalah syarikatnya yang paling berharga di mana dia mempunyai saham bernilai 44.8 bilion dolar Amerika (RM200 bilion).

Selain Tesla dan juga Twitter yang dibelinya dengan harga 44 bilion dolar Amerika (RM196.9 bilion) pada tahun lepas, Musk juga mengetuai syarikat roket iaitu SpaceX dan Neuralink.

Pada bulan November lalu, Musk memberi bayangan bahawa berkemungkinan Twitter akan muflis, lapor Insider.

Ekoran daripada itu, Musk telah melaksanakan langkah-langkah pemotongan kos dan pemberhentian pekerja.

Terdahulu, Musk telah mengalahkan pengasas Amazon, Jeff Bezos, untuk bergelar individu paling kaya di dunia pada tahun 2021.

Musk, Arnault dan Bezos saling bertukar tempat dalam senarai individu terkaya di dunia, menurut Indeks Billionaires Bloomberg.

Sumber: Metro UK, Insider

Noorliyana Ishak

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.