Siakap Keli
Kanak-Kanak Dikhuatiri Lemas
Gambar: Bernama

Kanak-Kanak Dikhuatiri Lemas Selepas Hilang Di Sungai

KUANTAN, 2 Mac (Bernama) — Seorang kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas selepas
dilaporkan hilang di Sungai Pasir, Kampung Seri Makmur di Chini, Pekan dekat sini, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pekan, Wan Samsul Effendi Wan Mahmud menerusi kenyataan hari ini berkata mangsa, Muhammad Hafizhan Abd Zaib, 10, dipercayai hilang pada 2.50 petang.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat yang bermula petang semalam turut
disertai Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Pekan selain dibantu orang awam melibatkan kawasan sejauh 200 meter dari lokasi mangsa dipercayai hilang.

Katanya operasi bersambung pagi ini, selepas ditangguhkan pada 11 malam tadi ekoran keadaan cuaca dan persekitaran yang gelap.

Sumber: Bernama

Florence Nuar