Khas Untuk Yang “First Time”, Ini “Step By Step” Cara Nak Isytihar “Income Tax”
Bagi mereka yang sudah bekerja, tidak kira sama ada baru setahun mahupun lebih daripada lima tahun, pastinya adalah sangat dituntut untuk mengisytiharkan cukai pendapatan.
Namun, masih ada segelintir individu yang baru pertama kali dan tidak tahu mengenai bagaimana prosedur untuk mengisytiharkan cukai.
Sehubungan itu, ikuti perkongsian yang dikongsikan oleh Azrul Izzaham di laman Twitter beliau mengenai cara untuk mengisytiharkan cukai buat kali pertama.
Harini 28 Februari 2023. Apa makna tarikh penting ni untuk orang yang makan gaji?
Tarikh ni adalah hari akhir patutnya majikan kena keluarkan borang EA/EC kepada pekerja.
Borang EA/EC ni cerita pendapatan penggajian tahunan korang.
Cara Untuk Isytihar Income Tax Secara Dalam Talian
First time nak declare cukai (makan gaji), ni ringkasan. Harap membantu tunjuk jalan nak mula dari mana. Korang follow jelah step ni ye.
1. Kena ada nombor cukai dulu. Tak kisah LHDN daftarkan automatik ke, majikan dah daftar ke, belum daftar ke, buat semakan dekat website mytax.hasil.gov.my, klik pada e-daftar.

2. Masukkan maklumat yang diperlukan macam dalam untuk semak dah ada nombor cukai atau belum. Kalau belum ada nombor cukai perlu daftarlah.
3. Jika dah ada nombor cukai, kena dapatkan login access untuk masuk ke sistem declare cukai secara online nanti. Kita akan declare cukai melalui website mytax.hasil.gov.my
4. Dekat website tadi, korang masukkan nombor pengenalan dekat sini.

5. Nanti dia akan keluar notification macam ni kalau korang belum pernah ada access ke sistem MyTax ni. Ada dua kaedah nak mohon access,
a. e-CP55D – Masukkan emel, upload salinan IC berwarna.
b. e-KYC – Selfie, snap gambar IC.

Majikan kena keluarkan borang EA/EC ni selewatnya 28 Februari 2023 untuk cerita penggajian tahun lepas. Tahun 2022.


