Siakap Keli

Oakwood Hotel & Residence Kuala Lumpur Perkenalkan Masakan Ibunda, 100 Aneka Pilihan 24 Mac-20 April Ini

RM118nett (Dewasa) RM88nett (Warga Emas) RM59nett (5-11 tahun) Early Bird (20 Feb – 18 March 2023 RM88nett) Pandu Masuk (Lamb Shank Khabsa RM55 nett satu bahagian)

Kuala Lumpur, 20 February 2023 – Oakwood Hotel & Residence Kuala Lumpur bakal memperkenalkan 100 menu pilihan Masakan Ibunda menjelang Ramadhan ini bermula 24 Mac hingga 20 April akan datang.

Menurut kenyataan hotel tersebut, makanan itu meliputi menu yang menjadi kebiasaan sajian oleh ibunda daripada zaman dahulu hingga ke masa sekarang. Menu ini juga membuatkan orang ramai teringat kembali nostalgia semasa zaman kecil suatu ketika dahulu.

“Masakan dan suapan dari Ibunda yang tak pernah kita lupakan hingga ke hari ini membuat kita masih bersama mereka walaupun mereka tiada lagi bersama dgn kita. Itu lah kehebatan dan kebenaran dari Masakan Ibunda. Untuk Masakan Ibunda ini tak kisah apa segala masakan yg kita akan makan atau kita Masak,” tulis kenyataan daripada hotel berkenaan.

Bagi merealisasikan program tersebut, pihak Oakwood Hotel & Residence Kuala Lumpur melalui chef selebriti mereka, Chef Muhamad Zulfikar Ali bin Mahdi atau turut dikenali sebagai ChefZ akan menyediakan hidangan istimewa itu selain masakan dari Timur Tengah iaitu Lebanese Lamb Shank Kabsa.

Menurutnya, menu lamb shank ini mempunyai peminat tersendiri. Apabila tiba bulan Ramadhan, menu berasaskan daripada kambing ini menjadi kegemaran untuk sesi berbuka puasa.

“Masakan Lamb Shank Kabsa ni mempunyai ramuan tersendiri. Kelazatan kambing direbus dalam masa dua jam sehingga daging nya Empuk, dimakan bersama beras basmathi dan juga Egg Safron. Kuah Kabsa pekat bersama sos pedas Harra Sauce,” tulis kenyataan tersebut.

Untuk makluman, Oakwood Hotel & Residence Kuala Lumpur ini merupakan sebahagian daripada The Ascott Limited (Ascott) dan dimiliki sepenuhnya oleh CapitaLand Investment Limited’S (CLI).

Perolehan ini sekaligus menaikkan portfolio global Ascott kepada 81 pemilikan harta dengan sekitar 15,000 unit. Difahamkan, Oakwood sendiri mempunyai 8,500 unit operasi yang dijangka menyumbang kepada keuntungan syarikat itu.

“Diasaskan di Los Angeles pada 1962, Oakwood didapati dalam lebih 15 negara. Ia diasaskan di USA sebagai Rumah Korporat, sebelum dijadikan tempat penginapan hotel dengan memiliki 80 jenama,” tulis Oakwood.

Untuk keterangan lanjut, sila layari www.Oakwood.com.

Amira

Love yourself.