Siakap Keli
Yoo Ah In Positif Dadah
Gambar: IG Yoo Ah In

“Oppa” Yoo Ah In Dilapor Positif Dadah Kokain & Ketamin

Pelakon Korea Selatan, Yoo Ah In Positif Dadah Kokain & Ketamin

Pelakon terkenal Korea Selatan, Yoo Ah In dilapor positif dadah jenis kokain dan ketamin, lapor portal hiburan tempatan, Soompi.

Menurut Sompi lagi, sampel yang diambil daripada pelakon berkenaan sebelum ini juga diuji positif dadah jenis ganja dan profonol.

Bulan lepas, polis Korea Selatan memulakan siasatan terhadap pelakon berkenaan susulan laporan penyalahgunaan dadah melibatkan dirinya. Selain mengambil keterangan pelakon berkenaan, polis turut menyerbu beberapa klinik yang didakwa menyediakan dadah berkenaan secara haram untuk pelakon tersebut sejak 2021.

Pada 5 Februari lalu, Yoo Ah In diarah menjalani ujian air kencing dan sampel rambut, yang merupakan sebahagian daripada prosedur siasatan. Hasil ujian air kencing mendapati pelakon tersebut positif ganja, yang mana penggunaan bukan perubatan diharamkan di Korea Selatan.

Tidak lama kemudian, Perkhidmatan Forensik Kebangsaan telah menghantar keputusan ujian sampel rambut Yoo Ah In kepada Unit Siasatan Dadah Agensi Polis Metropolitan Seoul. Keputusan ujian tersebut menunjukkan pelakon terbabit turut mengambil barang terlarang jenis profonol.

Walau bagaimanapun, mengikut laporan berita Chosun TV, keputusan itu turut menunjukkan Yoo Ah mengambil kokain dan ketamin.

Kini, pihak polis sedang memeriksa rekod preskripsi ketamin bagi menentukan sama ada pelakon tersebut mengambilnya mengikut masa dan dos yang tepat atau sebaliknya.

Mereka turut dilapor akan menghubungi Yoo Ah In semula untuk disiasat sebagai seorang suspek pada awal minggu depan.

Yoo Ah In merupakan pelakon terkenal yang muncul dalam banyak filem dan drama popular Korea Selatan. Antaranya menerusi #Alive, Voice of Silence, Descendants of The Sun dan Burning.

Bekas bintang K-Pop dijatuhkan hukuman penjara selama 13 tahun

Terdahulu, bekas ahli kumpulan campuran China-Korea Selatan, EXO, Kris Wu dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Beijing pada 25 November 2022.

Wu didapati bersalah dalam kes rogolnya dan diarah menjalani hukuman penjara selama 13 tahun. Dia kemudian akan dibuang negeri selepas selesai menjalani hukuman di China.

Menurut rekod kes, Wu didakwa memaksa tiga orang wanita yang dalam keadaan mabuk melakukan hubungan seks tanpa kerelaan di kediamannya.

Wu juga didakwa berkerjasama dengan beberapa individu lain bagi menyediakan dua wanita terlibat dalam aktiviti tidak bermoral selepas mabuk di kediamannya pada Julai 2018.

BACA: Bekas Ahli Kumpulan “Mix K-Pop” EXO, ‘Oppa’ Kris Wu Dipenjara 13 Tahun

Sumber: Chosun TV via Soompi

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma