Penyelidik Temui Koridor Tersembunyi Dalam Piramid Agung Giza
Pegawai Antik Mesir mengesahkan bahawa terdapat kewujudan koridor yang tersembunyi berhampiran pintu masuk utama Piramid Agung Giza, lapor BBC.
Video yang dirakam daripada endoskop menunjukkan bahagian dalam koridor sepanjang 9 meter (30 kaki) dan 2.1 meter (7 kaki) lebar.
Pegawai berkata ia mungkin dicipta untuk mengagihkan semula bentuk piramid di sekeliling pintu masuk atau ruang lain yang belum ditemui.
Memetik BBC, ia pertama kali dikesan pada 2016 menggunakan teknik pengimejan yang dipanggil sebagai muografi.
Sekumpulan saintis dari Projek ScanPyramids mendakwa dapat merasakan perubahan ketumpatan di dalam piramid dengan menganalisis cara ia ditembusi oleh muon.
Muon merupakan kesan sampingan sinaran kosmik yang hanya sebahagiannya diserap oleh batu.
Teknik bukan invasif mengesahkan ruang kosong di bahagian belakang Piramid Agung, kira-kira 7 meter di atas pintu masuk utama, kawasan yang terdapat struktur batu chevron.
Menggunakan radar, ultrasound dan endoskop
Ekoran itu, ujian lanjut telah dijalankan dengan radar dan ultrasound sebelum endoskop selebar 6 milimeter (0.24 inci) disalurkan melalui sambungan kecil di antara batu yang membentuk chevron.

Rakaman daripada kamera itu didedahkan pada sidang akhbar pada Khamis, lapor BBC.
Ia menunjukkan koridor kosong dengan dinding yang diperbuat daripada blok batu yang dipotong kasar dan siling batu berkubah.
“Kami akan meneruskan pengimbasan kami untuk melihat apa yang boleh kami lakukan di bawahnya atau hanya pada penghujung koridor ini,” kata Mostafa Waziri, ketua Majlis Tertinggi Barangan Antik Mesir.
Piramid Agung yang setinggi 146 meter itu dibina di dataran tinggi Giza semasa dinasti keempat oleh firaun Khufu atau Cheops.
Walaupun piramid ini merupakan salah satu monumen tertua dan terbesar di Bumi, tetapi tidak ada siapa yang mengetahui bagaimana ia dibina.
Penemuan terbesar buat kali pertama
Ahli arkeologi Mesir, Zahi Hawass berkata, koridor itu mewakili ‘penemuan besar’ yang akan ‘memasuki rumah manusia di seluruh dunia buat kali pertama”.
Beliau berkata bahawa ia mungkin membantu mendedahkan sama ada ruang pengebumian Raja Khufu masih wujud di dalam piramid.

Zahi mendakwa bahawa mungkin terdapat ‘sesuatu yang penting’ dalam ruang di bawah koridor tersebut.
“Saya pasti dalam beberapa bulan dari sekarang kita dapat melihat sama ada apa yang saya katakan itu betul atau tidak,” tambahnya.
Selepas itu, lubang besar yang berada di dalam piramid telah dikesan menggunakan muografi pada 2017.
Lubang tersebut dianggarkan sepanjang 30 meter dan berketinggian beberapa meter serta terletak betul-betul di atas Galeri Besar.
A 9-meter-long hidden passage has been discovered near the main entrance of the Great Pyramid of Giza, which scientists are hopeful could lead to further discoveries. The find is the result of Egypt’s ‘Scan Pyramids’ project, ongoing since 2015. pic.twitter.com/J5ErLYzdBb
— RT (@RT_com) March 3, 2023
Sumber: BBC