Siakap Keli
lelaki laluan hijrah 500km
Gambar: Arab Newsm Al-Shaibani

Ikut Laluan Hijrah Nabi, Lelaki Jalan 500km Dari Mekah Ke Madinah

Ikut Laluan Hijrah Nabi, Lelaki Jalan 500km Dari Mekah Ke Madinah

Seorang lelaki yang merupakan seorang atlet, pengembara dan usahawan asal Arab Saudi, telah melengkapkan perjalanan epiknya sejauh kira-kira 500km.

Lebih manis, perjalanan tersebut mengikuti laluan Nabi Muhammad S.A.W dalam peristiwa hijrah dari Mekah ke Madinah, lapor Arab News.

Badr Al-Shaibani, melengkapkan perjalanan tersebut dalam tempoh 12 hari dan turut mendokumentasikan seluruh pengembaraan tersebut.

Menurut Arab News lagi, Al-Shaibani yang berjalan kira-kira 40km setiap hari berkata, tujuannya adalah untuk mengetengahkan kisah penghijrahan agung yang berjaya mengubah sejarah dunia.

Lelaki ikut laluan Hijrah Nabi sejauh 500km

”Kerjasama dengan pihak berkuasa yang berkaitan sedang berjalan dalam usaha untuk menanda dan mendokumentasikan laluan hijrah ini. Kami juga akan melatih individu-individu yang mahu meneroka laluan ini sebagai sebahagian daripada tarikan pelancongan,” katanya.

Sepanjang pengembaraan itu, A-Shaibani telah melalui 12 kawasan penting dalam laluan hijrah. Antaranya adalah Gua Thur dimana Baginda Nabi Muhammad S.A.W bersama sahabat, Saidina Abu Bakal as-Siddiq RA berlindung daripada tentera-tentera Quraisy.

“Pengembaraan epik ini memerlukan perancangan rapi selama lima tahun. Jadi, ia adalah pengalaman yang paling istimewa dalam diri saya berbanding perkara-perkara yang lain.

Antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan dalam perjalanan ini adalah, bermalam di Gua Thur yang pernah menjadi tempat Rasulullah S.A.W berlindung

Pengembara asal Arab Saudi teruja dan gembira ketika menelusuri laluan hijrah Rasulullah S.A.W

“Berada di tempat yang pernah diduduki oleh Utusan Allah ini memberikan rasa keterujaan dan kegembiraan yang tidak dapat dilupakan.

“Saya merasa sangat gembira dan beremosi pada akhir perjalanan, sama seperti ketika saya menawan puncak Gunung Everest,” kata Al-Shaibani.

Pengembara tersebut berkata bahawa beliau telah mendaki setiap puncak tertinggi bagi setiap benua. Selain itu, Al-Shaibani merupakan warga Arab Saudi Keenam yang bejaya menawan Gunung Everest.

Beberpa keping gambarnya meneroka laluan hijrah tersebut turut menjadi tular di Twitter dan mendapat perhatian netizen. Rata-rata menyangjungi usahanya dalam mengetengahkan laluan bersejarah itu kepada masyarakat umum.

BACA: Ini Jawapan Mufti WP Terhadap Pelbagai Isu Berkaitan Hijrah

Sumber: Arab News

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma