Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Korea Selatan Umum Bayaran Pampasan Kepada Mangsa Perang Jepun

Nurhanis
pampasan mangsa perang jepun
Kredit: AFP

Korea Selatan Umum Bayaran Pampasan Kepada Mangsa Perang Jepun

Korea Selatan dilaporkan merancang untuk memberi pampasan kepada mangsa buruh paksa Jepun semasa era perang dahulu, lapor CNA.

Perkara itu dilakukan dengan harapan dapat memperbaiki hubungan buruk yang telah menghalang perdagangan, kerjasama politik dan ketenteraan antara dua negara sebelum ini.

Menteri Luar Park Jin memaklumkan Korea Selatan akan memberi pampasan kepada bekas buruh paksa melalui sebuah yayasan awam.

Yayasan tersebut dibiayai oleh syarikat sektor swasta yang mendapat manfaat daripada Perjanjian Ganti Rugi 1965 daripada Jepun.

“Hubungan Korea Selatan-Jepun yang memburuk seharusnya tidak lagi diabaikan, dan kita perlu menamatkan kitaran yang buruk untuk kepentingan negara, rakyat,” katanya.

Beliau berharap Jepun memberi tindak balas dengan ikhlas dan positif termasuk menyatakan penyesalan dan permohonan maaf kepada mangsa.

Pampasan kepada buruh paksa: Maklum balas Jepun

Tokyo menegaskan, Perjanjian 1965 yang menyaksikan kedua-dua negara memulihkan hubungan diplomatik dengan pakej ganti rugi kira-kira RM3.5 bilion dalam bentuk geran dan pinjaman murah, menyelesaikan semua tuntutan antara kedua-duanya berkaitan dengan zaman penjajah.

Menelusuri data, kira-kira 780,000 warga Korea telah ditugaskan menjadi buruh paksa oleh Jepun selama 35 tahun dijajah.

Bagaimanapun tiada pampasan yang diberikan daripada syarikat Jepun, kata Menteri Luar Jepun Yoshimasa Hayashi.

Dalam pada itu, beliau turut berharap rancangan ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara negara-negara itu.

“Kami mengalu-alukan ini sebagai langkah untuk mengembalikan hubungan Jepun-Korea Selatan kepada hubungan yang sihat,” ujarnya.

BACA: Hanya 4 Peratus Responden Wanita Korea Lihat Perkahwinan, Lahirkan Anak Adalah Perkara Penting – Tinjauan

Mangsa beri kritikan hebat berkaitan sumbangan

Apabila Seoul mula-mula membangkitkan cadangan itu pada Januari, ia mendapat kritikan hebat daripada mangsa.

Ujar mereka, sumbangan yang diberikan tidak termasuk dengan sumbangan daripada syarikat Jepun.

“Ia adalah kemenangan sepenuhnya buat Jepun, yang mengatakan ia tidak akan membayar satu yen untuk isu buruh paksa,” kata Lim Jae-sung, peguam untuk beberapa mangsa.

Hubungan buruk antara kedua negara berkenaan telah menjadi titik kebimbangan bagi Amerika Syarikat (AS).

AS sentiasa berusaha untuk menyatukan sekutunya supaya dapat menentang kuasa China yang semakin meningkat serta ancaman peluru berpandu dan senjata nuklear Korea Utara.

Sumber: CNA