Siakap Keli
sedekah rm20
Gambar: Tangkap layar video tular

Kuasa Allah Maha Besar, Lelaki Kongsi Sedekah Duit Terakhir RM20 & Dibalas ‘Cash’ RM250

Kuasa Allah Maha Besar, Lelaki Kongsi Sedekah Duit Terakhir RM20 & Dibalas Cash RM250

Selain daripada membuat kebajikan kepada orang lain tanpa mengira agama, umat Islam juga digalakkan untuk melakukan amalan bersedekah.

Walaupun pada asasnya amalan ini mudah untuk dilakukan, namun tidak ramai yang betul-betul faham makna di sebalik sedekah.

Secara umumnya, sedekah membawa maksud pemberian oleh seseorang kepada individu lain dengan tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Pun begitu, sekiranya golongan Muslimin bersedekah secara tidak langsung ia menolong mereka yang memerlukan.

Orang ramai digalakkan bersedekah mengikut kemampuan dan jika dilakukan dengan niat yang murni, pemberi boleh menikmati kelebihan amalan tersebut.

Hebatnya kuasa sedekah

Kredit: Dream.co.id

Baru-baru ini, individu bernama Azim Adnan (@azimxdnan) berkongsi kepada orang ramai berkenaan hebatnya kuasa bersedekah semasa dia melakukan latihan industri beberapa tahun lepas.

“Sedekah bukan untuk kita peroleh sesuatu. Ia adalah untuk kelebihan orang lain,” kata kapsyen video apabila diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu.

Untuk permulaan, pada awalnya Azim menjalani latihan industri di sebuah syarikat kecil di ibu kota dengan elaun sebanyak RM300 sebulan.

Menjalani hidup di Kuala Lumpur dengan wang yang sedikit bukan perkara yang mudah buat Azim.

Walaupun hanya seorang pelajar latihan industri namun banyak komitmen yang perlu ditanggung seperti sewa rumah, barang keperluan dan lain-lain.

Hanya memiliki RM20 tetapi tetap bersedekah

Azim, pada ketika itu hanya memiliki RM20 dalam dompetnya, berasa kosong dan sedih kerana wangnya tidak mencukupi untuk dia bertahan selama dua minggu.

“Ketika itu waktu makan tengah hari, saya lapar dan tidak tahu bagaimana untuk bertahan dengan RM20 dalam masa dua minggu.

“Pada waktu itu juga adalah waktu Zohor, daripada menunaikan solat di surau pejabat, tiba-tiba saya terasa nak solat di masjid,” katanya.

Selepas habis menunaikan solat, Azim yang tadinya berasa sedih duduk dan berfikir sejenak mengenai masalah hidupnya.

“Sehingga saya mempersoalkan mengenai kehidupan, mengapa ia begitu sukar untuk saya, adakah ia hanya saya sahaja yang memikirkan sebegitu?

“Adakah yang lain juga serupa? Pasti ada orang yang mengalaminya lebih teruk daripada saya,” ujarnya.

Azim kemudiannya terfikir mengenai kanak-kanak yang bernasib malang di mana mereka tidak mempunyai wang untuk makan dan sebagainya.

Dengan rasa serba salah, Azim membuat keputusan untuk sedekah RM20 – duit terakhirnya – dengan niat supaya Allah tidak membiarkan kanak-kanak itu kelaparan.

Sedekah RM20 dibalas tunai RM250

Setibanya di pejabat, keajaiban mula berlaku apabila penyelianya memberikannya wang kira-kira RM250 kerana dia mengendalikan sebuah acara sebelum itu.

Tindakan penyelia itu membuatkan Azim menangis sendirian dan serta merta berfikir berkenaan ayat kedua surah Al-Mulk.

Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat).

“Ayat tersebut membuatkan saya tersentuh kerana dengan jelas ia menyatakan bahawa apabila kita melakukan ibadah kepada Allah, Dia tidak mementingkan mengenai kuantiti tapi kualiti.

“Ia bukan berapa banyak anda bersedekah, tetapi mengapa anda bersedekah,” tambahnya.

Menurut Azim, pengajaran yang paling manis di sini ialah Allah mendengar niatnya dan kemungkinan menyelamatkan orang lain juga, supaya tidak kelaparan.

“Jangan bersedekah dalam satu niat untuk mendapatkan lebih banyak wang dan jadikan ia seperti platform pelaburan.

“Sedekah dengan niat yang paling murni untuk Allah menyelamatkan satu jiwa yang malang daripada kelaparan. Saya berjanji anda akan melihat keindahan dalam sedekah,” ujarnya.

@azimxdnan

Sedekah is not for us to gain. It’s for others to gain. #thatslife #fypシ #foryoupage #azimadnan

♬ Islam – Lafina

Sumber: @azimxdnan via Tiktok

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.