“Baru 20 Minit Aku Dah…”, Lelaki Luah Sebak Tonton Dokumentari MH370
Seperti yang kita ketahui, semalam merupakan genap sembilan tahun ‘kehilangan’ pesawat Malaysia Airlines MH370 jenis Boeing 777-200ER.
Pesawat milik Malaysia itu difahamkan melakukan penerbangan dari Malaysia ke Beijing, China dengan membawa seramai 227 penumpang dan 12 anak kapal.
Ia telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 12.41 pagi, 8 Mac 2014. MH370 dijangka tiba pada jam 6.30 pagi hari yang sama di ibu negara China itu.
Bagaimanapun, ia dilaporkan hilang kurang dari sejam selepas pesawat berkenaan berlepas. Sehingga kini, misteri kehilangan pesawat berkenaan menjadi tanda tanya seluruh dunia termasuk Malaysia sebagai pemiliknya.
Bersempena dengan ulang tahun peristiwa kehilangan pesawat itu, syarikat penstriman video, Netflix telah mengeluarkan satu filem dokumentari khas di laman web dan aplikasi mereka.
Berjudul MH370: The Plane That Disappeared, filem itu merupakan adaptasi daripada tragedi yang berlaku terhadap pesawat tersebut.
Ia secara tidak langsung memberikan penghormatan dan pendehan kepada penonton di luar. Dalam satu tweet yang dimuat naik oleh @seketulawan di Twitter, dia berkongsi perasaan sebaknya saat menonton dokumentari tersebut.
Filem MH370: The Plane That Disappeared
Baru 20 minit pertama, aku dah sebak menonton dokumentari ini. Mengingati #MH370. Terima kasih @NetflixMY atas produksi ini.
Episod 1:
POV keluarga mangsa yang terlibat dikedepankan. Detik-detik awal saat kehilangan MH370. Dan masuk pula kekalutan media gara-gara lambakan berita yang sahih/tak sahih. Permulaan konspirasi.
Baru 20 minit pertama, aku dah sebak menonton dokumentari ini. 😢
Remembering #MH370
.
Terima kasih @NetflixMY atas produksi ini. pic.twitter.com/eJOXvooAmX— Awan Wafdan | Pejuang WIP (@seketulawan) March 8, 2023
Woah. Teruja dengan netizen yang cuba buat siasatan sendiri ni apabila tak banyak maklumat didedahkan kepada media. Dan netizen US pun mula mengherdik peminpin negara gara-gara ini.
Rasa sebak tonton dokumentari MH370, misteri yang tak terungkap
Seronok perdebatan teori-teori ke mana perginya MH370 ini.
Turning point apabila juruterbang disyaki dalang.
Woah. Episod satu dah paparkan kecaman yang Malaysia hadapi ketika tangani kehilangan #MH370 ini.
BACA JUGA: Genap 9 Tahun, Mengenang Tragedi Kehilangan Pesawat MH370
Aku suka doku ni paparkan fakta dan konspirasi sama-sama. Bodohnyalah teori yang kata juruterbang rampas #MH370 ni.
Masuk kaitan MH17 dengan. “This must be an act of war!”
EPISOD 2 : The Hijack
4 bulan kemudian, MH17 sangat mengejutkan sebab pesawat kedua Malaysia terlibat. Kebetulan model pesawat sama dengan #MH370.
“Ini komplot yang sengaja ingin memusnahkan kredibiliti Malaysia.”
Setahun kemudian. Memorial #MH370 yang rakyat Malaysia buat. Fuhh, intro setiap episod memang sedih ke macam mana ni?
Ok. Episod 2 ni sambung siasatan apakah benar juruterbang (Kapten Zaharie) yang didakwa merampas pesawat ni?
Tuduhan kepada kapten ni US yang mulakan by the way. Ok. Sekarang kita masuk bahagian ‘Mungkin Rusia dalangnya’. Siasatan apa motif Rusia nak rampas #MH370 yang dibuat oleh wartawan US.
Teori yang kata Kapten Zaharie sebagai dalang dah debunked. (Lakonan semula untuk setiap teori ni sangat membantu).
EPISOD 3. Dimulakan dengan penemuan flaperon Boeng 777 di Pulau La Reunion.
“Benda ni saya dah jangka akan berlaku. Persoalannya, siapa yang letakkan flaperon itu? Siapa yang bawa serpihan itu ke situ?”
Najib sahkan bahawa serpihan yang Lautan Hindi itu memang milik #MH370. Ok. Rupanya banyak serpihan #MH370 yang ditemui. Kebanyakannya ditemui oleh sorang lelaki je. Boleh jadi dia upahan Rusia.
Siasatan terhadap semua serpihan dibuat. Pelik sebab tidak ada no pendaftaran bagi serpihan yang ditemui.
Sekarang, kita kembali kepada bukti US dalang sebenar. Pada hari kehilangan #MH370, US sedang ada latihan tentera di LCS. Malaysia dituduh telah didiamkan oleh US.
Selepas hampir lima tahun pencarian, siasatan rasmi terpaksa dihentikan. Laporan penuh siasatan telah dibukukan dan dihebahkan kepada orang awam.
Sehingga ke hari ini, kebenaran di sebalik kehilangan #MH370 masih misteri sehingga ke hari ini.
Video FSX ni buat nangis dulu.
Selepas hampir lima tahun pencarian, siasatan rasmi terpaksa dihentikan. Laporan penuh siasatan telah dibukukan dan dihebahkan kepada orang awam.
.
Sehingga ke hari ini, kebenaran di sebalik kehilangan #MH370 masih misteri sehingga ke hari ini.
___Video FSX ni buat nangis dulu. pic.twitter.com/ktHIYeETgg
— Awan Wafdan | Pejuang WIP (@seketulawan) March 8, 2023
Sejujurnya aku wasangka kenapa tiada disentuh tentang Diego Garcia dalam ni. Hanya sekilas sahaja. Padahal dokumentari ni cenderung kepada teori konspirasi.
Mungkin sebab produksi UK, dan Diego Garcia itu tapak tentera UK/US. Apa-apa pun, marilah kita doa agar kebenaran menjelma nanti.
Sumber: Twitter @seketulawan