Siakap Keli
spesies lipas phermosa
Kredit: Lee Kong Chian Natural History Museum

Ditemui Di Singapura, Lipas Spesies Baru ‘Digelar’ Pokemon Phermosa

 Ditemui Di Singapura, Lipas Spesies Baru ‘Digelar’ Pokemon Phermosa

Satu spesies baharu lipas ditemui dalam kawasan hutan simpan di Singapura baru-baru ini, lapor The Straits Times.

Menurut laporan akhbar itu, spesis baharu lips itu telah dinamakan sebagai Phermosa, iaitu sempena nama watak Pokemon seakan lipas dalam siri anime berkenaan. Dalam anime tersebut, Pheromosa merupakan watak Pokemon jenis Bug/Fighting.

Spesies lipas terbaharu tersebut ditemui apabila ahli entimologi sedang membandingkan organ pembiakan jantan bagi beberapa jenis lipas.

Lipas spesies baru, karakter macam Pokemon Phermosa

“Terdapat beberapa persamaan antara Phermosa dan speseis lipas yang kita temui ini seperti memiliki antena yang panjang, kepak yang mirip seperti bentuk hud serta kaki yang kurus dan panjang,”

spesies lipas phermosa
Kredit: Lee Kong Chian Natural History Museum

“Semua pengarang termasuk saya merupakan peminat Pokemon. Jadi kami berfikir, kenapa kita tidak namakan spesies ini dengan nama yang diinspirasikan dari siri Pokemon,” kata ahli entomologi, Foo Maosheng.

Penemuan bersejarah itu telah diterbitkan dalam Journal of Asia-Pacific Entomology pada 27 Febuari lalu. Melalui penemuan ini, spesies lipas ini merupakan spesies lipas pertama dari genus Nocticola ditemui di sini.

Saat-saat penemuan Phermosa disebabkan kekurangan kajian  terhadap spesies lipas

Foo yang turut menjelaskan kekurangan kajian mengenai lipas menyumbang kepada penemuan spesies baharu tersebut.

“Terdapat beberapa kajian yang dijalankan terhadap lipas dan anai-anai,tetapi kajian mengenai serangga-serangga ini kurang mendapat sambutan jika dibandingkan dengan lebah, rama-rama dan kumbang,” ujar Foo.

Identiti lipas berkenaan menjadi satu misteri ketika beberapa spesimen lipas jantan dikutip di Hutan Simpan Bukit Timah kira-kira pada tahun 2016 hingga 2017 lalu.

“Tiada rekod formal berkenaan lipas tersebut di Singapura. Memandangkan DNA serangga ini tidak sepadan dengan mana-mana spesies yang berada dalam rekod, spesies lipas ini mungkin tidak pernah direkodkan secara formal,” kata Foo lagi.

Kemudian, Fo menghubungi Mr Cristian C. Lucanas, seorang ahli entomologi dari UPLB Museum of Natural History di Filipina untuk menyelesaikan misteri identiti lipas berkenaan.

Menyedari lipas tersebut belum pernah direkodkan secara saintifik, Lucanas membuat keputusan untuk menerbitkan penemuan tersebut selepas selesai mengkajinya.

Spesies terbaharu itu telah menyertai 22 spesies lain dalam kumpulan genus yang sama, yang mana sering ditemui dalam kawasan tropika di Afrika, India, Asia termasuklah Australia.

Sering dikenali sebagai haiwan perosak, sebenarnya haiwan ini ada peranan yang lebih penting

Tidak seperti lipas rumah, Nocticola pheromosa lebih rapuh dan cenderung untuk mendiami kawasan ekosistem yang dilindungi, kata Foo.

Walaupun manusia tidak menggemari serangga ini, ia turut memainkan peranan penting dalam ekosistem.

“Beberapa lipas hutan adalah penyebar debunga dan membantu dalam kitaran nutrien tumbuhan.

“Lipas mendapat imej yang negatif disebabkan rupanya, dan mereka cenderung untk mengenepikan serangga ini semasa sesi tinjauan serangga,” lanjut Foo.

Bagaimanapun, Foo mempunyai minat yang mendalam terhadap dunia serangga dan Pokemon. Namanya juga bukan asing dalam kalangan pengkaji serangga yang lain.

“Saya boleh diibaratkan sebagai pelatih Pokemon memandangkan saya kerap pergi ke merata-rata tempat untuk mencari lebih banyak serangga yang kita miliki.

“Kajian ini menyumbang kepada sektor pendidikan serta pembangunan laman web The Biodiversity of Singapore, yang boleh diibaratkan sebagai Pokedex kita.”

Lipas Pheromosa bukan satu-satunya serangga baharu yang dinamakan sempena nama watak Pokemon.

Pada 2021, tiga kumbang dikenali menerusi warna yang terang telah diberikan nama yang diinspirasikan dari Pokemon jenis burung berkelas ‘rare’ iaitu Articuno, Zapdos dan Moltres.

BACA: Beg Sekolah Berat: KPM Akan Tukar Buku Teks Fizikal Kepada Digital

Sumber: The Straits Times

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma