Siakap Keli
kenderaan polis kediaman muhyiddin
Kredit: Bernama

Kereta Polis Masuk Perkarangan Kediaman Muhyiddin Yassin Pagi Ini

Kereta Polis Masuk Perkarangan Kediaman Muhyiddin Yassin Pagi Ini

Sebuah kenderaan polis dilaporkan telah memasuki kawasan kediaman Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sekitar 8.08 pagi tadi, hari ini.

Memetik laporan Bernama di Twitter, kenderaan polis berkenaan dilaporkan keluar tiga minit kemudian dari kawasan berkenaan.

Sebelum ini, terdapat sebuah berita tular yang mendakwa Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkenaan ditahan oleh SPRM ketika bermain golf semalam.

Kereta polis masuk ke kediaman Muhyiddin

Namun, Muhyiddin menafikan perkara tersebut berdasarkan hantaran Facebook rasminya semalam.

“Saya ingin menjelaskan berita saya ditahan di padang golf yang disebarkan oleh sebuah portal berita adalah palsu.

Katanya, beliau menghadiri beberapa mesyuarat berkaitan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) BERSATU yang akan bermula pada Jumaat ini.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan bahawa diminta hadir ke SPRM pada jam 11 pagi hari ini.

Muhyiddin beri keterangan untuk bantu siasatan SPRM

Terdahulu pada 17 Februari, media melaporkan Muhyiddin Yassin telah memberi keterangan kepada SPRM berhubung satu siasatan mengenai dana RM300 juta yang dikaitkan dengan parti itu, menurut sumber SPRM.

Menurutnya, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh ketika itu telah hadir untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, dekat Putrajaya.

Bekas Perdana Menteri itu dipercayai dipanggil untuk memberi keterangan berhubung siasatan dana RM300 juta yang disyaki diterima BERSATU menerusi dana di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi COVID-19.

Difahamkan,  lebih 15 individu termasuk pemimpin parti berkenaan selain pihak kontraktor sudah dipanggil SPRM bagi memberikan keterangan.

Susulan itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki dilaporkan mengesahkan pembekuan akaun Bersatu bagi membantu siasatan.

Siasatan berhubung perkara itu dijalankan mengikut Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram.

SPRM pada 2 Mac turut memaklumkan bahawa Bendahari Agung Bersatu, Datuk Mohamed Salleh Bajuri, ditahan bagi membantu siasatan berhubung akaun parti tersebut yang kini dibekukan.

Bagaimanapun, SPRM tidak memberikan apa-apa maklumat memandangkan penahanan ketika itu hanya diperingkat reman sahaja, bukan pertuduhan.

BACA: ‘Berita Saya Ditahan Di Padang Golf Adalah Palsu’ – Muhyiddin

Sumber: Bernama

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.