Siakap Keli
Unboxing Lipas
Kredit: @miefarah | Tiktok

Wanita ‘Unboxing Lipas’ Buat Stok Makanan Haiwan Raih Perhatian Ramai

Wanita ‘Unboxing Lipas’ Buat Stok Makanan Haiwan Raih Perhatian Ramai

Memang seorang manusia dilahirkan dengan mempunyai kecenderungan, bakat atau minat yang berbeza-beza. Justeru, perkara itulah yang akan menjadikan mereka sempurna, saling melengkapi antara satu sama lain.

Misalnya, seorang individu minat untuk memelihara seekor kucing, namun individu yang lain pula tidak menyukai haiwan tersebut.

Justeru, jangan persoalkan mengapa ‘dia’ tidak menyukai haiwan yang sama seperti anda. Mesti ada sebab dia berbuat demikian contohnya, dia seorang yang alergi pada bulu.

Dalam menjalani kehidupan ini, jangan lihat kepada keburukan orang lain sehingga meletakkan diri kita sebagai ‘yang paling betul’. Rendahkan ego, dengarkan juga apa pendapat orang lain.

Berbalik kepada haiwan kesayangan, anda pasti mempunyai haiwan yang paling anda sayang sehingga anda bertindak untuk membeli dan membelanya.

Yang selalu kita dengar ialah orang yang membela kucing. Mana tidaknya haiwan secomel ini, saipa sahaja yang tidak terpikat apabila melihatnya.

Tetapi seperti yang dikatakan sebelum ini, lain orang lain minatnya. Ada juga yang meminati haiwan-haiwan yang tergolong dalam kategori eksotik misalnya seperti ular, biawak, dan sebagainya.

Tetapi, dalam perkongsian kali ini, pemilik akaun @miefarah telah mengejutkan kita apabila dia bukan membeli haiwan ‘unik’ seperti ular dan katak tetapi lipas.

Ya, lipas. Haiwan yang selalu anda hindari apabila ia berada di rumah. Bagaimanapun, lipas yang dimiliki oleh Farah bukanlah lipas biasa-biasa.

Lipasnya adalah daripada baka Turkish Roach dan Dubia Roach. Jangan samakan lipas ini dengan lipas anda di rumah pula.

Malah, video yang berdurasi lebih kurang 58 saat itu berjaya memperoleh tontonan sebanyak 556,500, 14,600 tanda suka dan 1,269 komen yang ditinggalkan (setakat artikel ditulis).

Dalam perkongsian yang sama, Farah turut menunjukkan bekas yang dia gunakan sebagai tempat tinggal ‘anak-anak barunya itu’.

Dapat dilihat, dia hanya meletakkan dalam bekas makan biasa (lut sinar) dan penutup yang telah ditebuk.

Selepas memasukkannya, dia memindahkan bekas tersebut ke dalam bekas yang lebih besar untuk menempatkan kesemua anak lipasnya.

Dikejutkan sekali lagi, dalam bekas tersebut juga telah ada lipas yang lama dan bersaiz lebih besar yang hanya diletakkan dalam ‘tray’ telur ayam.

Nak tahu macam mana Farah ‘unboxing lipas’ boleh tonton videonya di bawah:

@miefarah

Turkish Roach 🪳 tambah stok lipas sebab anak2 da makin banyak 😂

♬ Funny Song – Cavendish Music

Bela lipas sebab ‘Bearded Dragon’

Difahamkan Farah membela lipas itu adalah bertujuan sebagai sumber makanan kepada haiwan peliharaannya ‘Bearded dragon’.

Unboxing Lipas
Kredit: @miefarah | Tiktok

Bearded dragon mempunyai rupa dan bentuk yang sama seperti iguana tetapi bukan berada pada spesies yang sama.

Hal ini kerana, ‘bearded dragon’ merupakan haiwan omnivor (makan daging dan tumbuhan) sementara iguana herbivor (makan tumbuhan sahaja).

BACA JUGA: Rider Jadi Hero Tak Didendang, Hantar Makanan Bantu Mangsa Banjir Di Johor 

‘Seekor lipas pun aku dah lari, apa lagi banyak ni’

Rata-rata warganet meninggalkan komen yang menyatakan diri mereka takut akan haiwan tersebut. Malah ada yang bertanya kepada @miefarah sama ada tak merasa geli akan haiwan itu.

“Tak sebab dah terbiasa,” kata Farah.

Berikut merupakan komen yang ditinggalkan:

Unboxing Lipas
Kredit: @miefarah | Tiktok
Unboxing Lipas
Kredit: @miefarah | Tiktok

 

Sumber: @miefarah | Tiktok

Florence Nuar