Siakap Keli
ibu shuib buka mulut sepahtu
Kredit: Instagram

Dia Dimaki Dan Dihina Sahabat Sendiri – Ibu Shuib

Ibu Shuib Dakwa Anak Dimaki dan Dihina

Ibu Shuib, Salamiah Jalani mendedahkan punca anak lelakinya tidak lagi menyertai siri Sepahtu Reunion Live (SRL) semalam.

Menerusi kenyataannya dalam hantaran Instagram (@amy_salmi), ibu Shuib membuat kenyataan untuk mempertahankan anaknya.

Hal ini berikutan, kenyataan anaknya, Shuib atau nama sebenar, Shahmira bin Muhammad sudah tidak lagi berminat untuk menyertai rancangan komedi berkenaan.

Kenyataan tersebut telah menimbulkan banyak spekulasi dalam kalangan warganet, khususnya peminat Sepahtu.

Hari ini, ibu kepada pelawak bersusia 38 tahun berkenaan membuka mulut berkenaan tindakan anaknya yang menjadi perbualan hangat di Internet.

Ibu Shuib buka mulut, sokong tindakan Shuib untuk tidak lagi menyertai Sepahtu Reunion Live

Salamiah memberikan sokongan terhadap keputusan anaknya yang sudah tidak lagi menyertai siri komedi terbabit atas sebab penindasan.

“Sebagai ibu, saya menyokong tindakan anak saya untuk tidak lagi menyertai SRL ketika itu.

“Kerana itu lebih baik buat anak saya dari terus menerus ditindas dan diperlakukan seperti orang yang tidak bermaruah.”

Dalam kenyataan yang sama, ibu Shuib mempersoalkan keberadaan rakan-rakan anaknya ketika anak lelaki dilanda kesusahan. Ibu Shuib turut mendakwa anak dimaki dan dihina sahabat seperjuangan sendiri.

Salamiah turut mendedahkan bahawa Shuib telah mendapat layanan yang buruk daripada individu-individu yang dekat dengan dirinya.

Dalam pada itu, wanita tersebut menyatakan kegagalan Shuib memberikan kisah sebenar berkenaan pemergiannya dari rancangan tersebut adalah untuk menjaga air muka seseorang.

“Dan kerana itu lah jawapannya sentiasa tergantung kerana dia masih mahu menjaga aib seseorang.”

Ibu Shuib dedah sebab sebenarnya adalah lebih dari yang dikatakannya

Sebelum ini, beliau hanya memberitahu orang ramai bahawa dirinya sudah tawar hati terhadap sebuah syarikat penyiaran sahaja.

Namun begitu, ibunya mengatakan kisahnya lebih kompleks daripada itu dan anaknya memilih untuuk mencetuskan apa-apa konflik.

“Ketika itu, dia memilih utk membawa haluan sendiri bukan kerana ego atau lupa diri tetapi dia lebih menjaga maruahnya dari terus dipihak-pijak orang tanpa memikir sedikit pun perasaannya..”

Sebagai seorang ibu, wanita tersebut berkata anaknya terpaksa mengetepikan minat dan nilai wang ringgit demi melindunginya maruahnya buat kali ini.

Akhir sekali, Salamiah menegaskan bahawa apa yang disuarakannya bukanlah satu tindakan untuk meraih publisiti murahan.

Baginya, dia perlu bersuara untuk apa yang dihadapi pelawak berkenaan sejak bertahun-tahun dahulu

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by salamiahjalani (@amy_salmi)

BACA: “Tak Apalah, Kini Hati Pun Telah Tawar”, Jep Akhirnya ‘Buka Mulut’ Isu Shuib & Sepahtu

Sumber: @amy_salmi via Instagram

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma