Kedudukan Muhyiddin Dalam Parti Dibincang Petang Ini – BERSATU
Kedudukan Tan Sri Mauhyiddin Yassin sebagai Presiden Parti BERSATU akan dibincangkan petang ini dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT).
Memetik Astro Awani, mesyuarat tersebut dija.ngka berlangsung pada jam 6.30 petang di Taman Melewar, kata Ketua Armada, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad
“Buat masa ini kita belum lagi bincang dan buat keputusan berhubungan kedudukan Tan Sri Muhyiddin.
“Kita akan adakan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu sebaik sahaja selesai mesyuarat Armada.
“Mungkin selepas itu (media) boleh tanya (ketetapan) sebaik selesai mesyuarat,” katanya pada sidang akhbar selepas selesai menyampaikan ucapan dasar Perhimpunan Agung Tahunan Armada pada hari ini.
Beliau berkata demikian selepas diajukan soalan sama ada MPT telah membuat keputusan berkenaan nasib Muhyiddin sebagai Presiden dalam parti tersebut.
Semalam, Muhyiddin telah dihadapkan di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur atas enam pertuduhan kes rasuah yang berjumlah RM232.5 juta. Selain itu, beliau juga telah didakwa terlibat dalam pengubahan wang haram sebanyak RM195 juta.
Beliau didakwa melakukan kesalahan sebagai seorang pegawai badan awam iaitu selaku Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Bersatu. Beliau didakwa telah menggunakan kedudukan tersebut untuk menerima wang suapan berjumlah RM232.5 juta daripada seorang individu iaitu Azman Yusoff, 51 tahun.
BACA: Patutnya Kena Bayar RM22.40, Sekali Kat Kaunter Cashier Minta RM8 Ja
Kes tersebut membabitkan tiga syarikat yang dikenali sebagai Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd serta Mamfor Sdn Bhd bagi sekutu parti antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021.
Setakat ini, bekas Perdana Menteri itu menjadi pemimpin Bersatu yang ketiga telah didakwa di mahkamah atas tuduhan jenayah. Terdahulu, Datuk Wan Saiful Wan Jan yang juga bekas Ketua Penerangannya serta Adam Radlan Adam Muhammad iaitu Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut juga sudah didakwa.
Wan Saiful telah didakwa di mahkamah pada 21 Februari atas pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM6.9 juta. Ia membabitkan projek Jana Wibawa yang bernilai RM232 juta pada tahun lalu.
Bagaimanapun, beliau mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dihadapannya.
Pada hari yang sama juga, Adam Radlan turut dituduh atas dua pertuduhan termasuk menerima rasuah bernilai RM500,000 yang membabitkan projek yang sama.
Sumber: Astro Awani