Muhyiddin Akan Didakwa Dibawah AMLATFPUAA Isnin Ini – SPRM
SPRM pada hari ini mengesahkan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin akan dituduh atas Seskyesn 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubalan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktivit Haram (AMLATFPUAA).
Memetik Astro Awani, berita itu telah disahkan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki. Beliau menyatakan bahawa Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu akan dituduh di bawah AMLATFPUAA.
Pertuduhan akan dibacakan di mahkamah Seksyen Shah Alam pada Isnin depan.
Tambahnya, pertuduhan itu dibuat dibawah AMLATFPUAA terhadap Pengerusi PN melibatkan kes Projek Jana Ekonomi Pemerkasaan Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa). Kes tersebut telah dijalankan oleh SPRM bagi mendakwa bekas Perdana Menteri tersebut
BACA: Patutnya Kena Bayar RM22.40, Sekali Kat Kaunter Cashier Minta RM8 Ja
“Muhyiddin akan dituduh di bawah AMLATFPUAA di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Isnin ini,” katanya pada Sabtu.
Selain itu, Azam Baki turut berkata bahawa mengikut Seksyen 4(1)(b) AMLATFPUAA 2001, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 15 tahun. Tertuduh juga boleh dikenakan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau RM5 juta atau yang mana lebih tinggi.
Dalam sidang akhbar pada Khamis lalu, selepas dibebaskan oleh SPRM, Muhyiddin berkata bahawa beliau telah dikenakan sebanyak tujuh pertuduhan di mahkamah.
Semalam, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh berdepan enam pertuduhan di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur. Manakala satu lagi pertuduhan akan dibaca di Mahkamah Seksyen Shah Alam pada Isnin depan.
Pada Jumaat, Muhyiddin telah didakwa menggunakan kedudukannya bagi mendapatkan rasuah sebanyak RM232.5 juta. Ia termasuk dua lagi pengubahan wang haram membabitkan sebanyak RM195 juta.
Bagaimanapun, beliau mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya. Pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur.
Sumber: Astro Awani