Merana Kerana Perut Berangin? Ini 7 Cara Untuk Hilangkannya
Jika anda seorang yang tidak menjaga pemakanan, tubuh badan terutamanya perut akan memasuki angin kerana tidak mengambil makanan pada waktu yang ditetapkan.
Pada awalnya, individu tidak akan merasai apa-apa reaksi tetapi lama-kelamaan perut akan mula kembung serta berbunyi hingga menyebabkan tubuh badan berasa tidak selesa susulan dengan gas yang berada di dalam perut.
Kadang kala, perut berangin ini juga berpunca daripada pengambilan makanan yang salah seperti mengambil makanan yang berserat tinggi. Ini terpakai kepada individu yang jarang mengambilnya dengan kerap.
Tetapi perkara itu tidaklah seteruk yang di sangka, ia boleh di rawat menggunakan kaedah rawatan di rumah sekiranya mengetahui cara-caranya.
Apabila bercakap mengenai perut berangin, ada sesetengah mengatakan ia boleh dibuang melalui sendawa atau kentut. Nampak mudah tetapi bagaimana cara yang sebetulnya?
Ikuti perkongsian yang dibuat oleh Dr Ahmad Samhan mengenai cara yang betul untuk pembuangan angin di dalam perut di bawah ini.
Tujuh Cara Mudah Buang Angin Dalam Perut
1. Yoga
Anda boleh cuba beberapa teknik yoga seperti Child Pose, Happy Baby Pose atau Squat yang dipercayai mampu membantu anda membuang angin!
2. Cuba bergerak atau berjalan lebih banyak

Aktiviti fizikal sememangnya boleh membantu melancarkan pergerakan dalam sistem penghadaman anda lantas memudahkan pengeluaran najis serta angin dalam perut.
3. Pengambilan probiotik
Probiotik adalah sejenis bakteria baik yang hidup dalam usus dan perut yang boleh membantu anda meregulasikan bakteria kolon yg membawa angin.
Boleh dapatkan di suplemen daripada klinik, farmasi ataupun mengambil makanan dan minuman yang mengandunginya.
4. Mandi dengan air suam atau panas

Haba yang anda boleh dapat daripada mandi air suam atau panas dipercayai mampu melegakan rasa tidak selesa pada perut dan abdomen angkara angin.
5. Sapu minyak angin atau pati pada perut
Kajian pada tahun 2016 menunjukkan bahawa gabungan sapuan ekstrak fennel dan curcumin pada perut kembung adalah berkesan untuk melegakan gejala-gejalanya.
6. Urut perlahan perut dan abdomen
ia boleh dibuat dengan cara:
i. Letakkan tangan pada atas tulang pinggang
ii. Sapukan sedikit minyak agar ia lebih licin
iii. Urutkan dengan gerakan membulat dengan tekanan yang ringan pada sebelah kanan dan kiri tulang rusuk
iv. Ulangkan pergerakan ini dengan perlahan jika perlu
7. Elak tabiat mengunyah gula-gula getah

Akhir sekali, cara membuang angin dalam perut ini mungkin nampak remeh namun ketahuilah bahawa gula-gula getah juga adalah punca utama angin dalam perut!
Ini disebabkan oleh kandungan gula alkohol yang wujud di dalamnya serta angin yang boleh masuk dalam perut tanpa sedar di saat anda mengunyah gula-gula ini.
CARA BUANG ANGIN DALAM PERUT ?
Ingat!! Angin perlu dibuang umpama masa lalu kau dan dia !
Mungkin ada yang cadang untuk cuba mengeluarkan angin dalam perut itu dengan sendawa/kentut namun ia tidak semudah yg disangka!
Jom saya kongsikan tips mudah utk buang angin dalam perut! pic.twitter.com/fSt3ZdHcVO
— Dr Samhan (@DoktorSamhan) March 9, 2023
Sumber: @DoktorSamhan via Twitter