Siakap Keli
Aaron aziz original gangster
Gambar: Sinar Harian/ IG Aaron Aziz

“Saya Bukan Tarik Diri..,” Aaron Aziz Sahkan Tak Terlibat Dalam Filem Original Gangster

“Saya Bukan Tarik Diri..,” Aaron Aziz Sahkan Tak Terlibat Dalam Filem Original Gangster

PUTRAJAYA — “Saya bukan tarik diri, tapi dibuang” itu jawapan yang diberikan oleh pelakon popular, Datuk Aaron Aziz ketika disoal mengenai penglibatannya dalam filem Original Gangster, lapor Astro Gempak.

Beliau mengesahkan perkara itu selepas hadir dalam satu majlis anugerah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) semalam.

Walau bagaimanapun, aktor Singapura itu tidak mendedahkan sebab dan punca mengapa dia tidak lagi ditawarkan dalam filem arahan Syamsul Yusof itu.

Hal ini berikutan dia tidak mahu membuka aib mana-mana pihak.

“Saya cuma boleh katakan saya tidak terlibat dalam filem Original Gangster. Saya mahu jadi profesional dan saya tak nak buka aib sesiapa.

“Saya bagi muka pada Datuk Yusof Haslam. Saya anggap dia macam bapa saya.  Siapa yang tahu.. tahulah,” ujarnya.

Mengulas dengan lebih lanjut, Aaron tidak memberikan sebarang jawapan ketika ditanya adakah terjadi pergaduhan antara beliau dan Syamsul.

“Selisih faham tu.. yang faham tu faham jelah. Yang tak faham, tak payah faham. Saya tak nak buka cerita. Apapun, saya doakan yang terbaik,” katanya lagi.

BACA JUGA: Mat Kilau Ditayang Di Netflix Bermula 16 September Ini

Difahamkan, beliau bakal membintangi filem Sheriff terbitan Skop Production arahan Syafiq Yusof. Antara pelakon lain yang bakal membintangi filem ini termasuklah Zul Ariffin dan Syafiq Kyle.

Dalam anugerah yang berlangsung semalam, Aaron Aziz berjaya merangkul gelaran Anugerah Pelakon Lelaki terbaik menerusi drama Suamiku Lelaki Pendosa.

Filem Aksi 

Aaron Aziz atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz, 47, terkenal dengan filem-filem aksi yang dilakonkannya kepada umum. Sebelum ini, beliau mencipta fenomena menerusi dua filem aksi di bawah arahan Syamsul Yusof, KL Gangster (2011) dan KL Gangster 2 (2013).

Tambahan lagi, kedua-dua filem itu mendapat sambutan hangat oleh orang ramai.

Dalam filem tersebut, beliau memegang watak sebagai “Malik”. Antara nama besar yang pernah menjayakan filem itu termasuklah Adi Putra, Soffi Jikan, Rosyam Nor, Zizan Razak dan Syamsul Yusof.

Sumber: Astro Gempak 

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?