Siakap Keli
hantar ganja rafizi
Gambar: Bernama

Buang Duit Hantar Ganja Kepada Saya – Rafizi

Buang Duit Hantar Ganja Kepada Saya – Rafizi

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) — Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menjelaskan beliau tidak mengenali pihak yang bertanggungjawab menghantar bungkusan yang berisi ubat gigi ekstrak daun ganja, yang dihantar ke alamatnya dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pulau Meranti, Jumaat lalu.

Beliau berkata bungkusan tersebut, telah pun diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Dua-dua kami tidak ambil ganja, jadi itu pembaziran dan bungkusan itu sudah dihantar ke polis,” katanya pada sidang media di Dewan Rakyat hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai rampasan bungkusan mengandungi ekstrak ganja yang dialamatkan kepadanya dan perdana menteri

Semalam Polis Sepang memaklum telah merampas bungkusan disyaki ubat gigi ekstrak daun ganja yang dialamatkan kepada Rafizi dan Anwar di sebuah syarikat kurier di Pulau Meranti, dekat sini, Jumaat lalu.

BACA JUGA: Polis Rampas Bungkusan Tiub Ubat Gigi Ekstrak Ganja Dialamatkan Kepada Dua Ahli Politik

Rampasan itu dilakukan susulan maklumat daripada laporan  seorang petugas pejabat kerajaan di sini  yang menerima panggilan menyatakan ada satu bungkusan atas nama dua ahli politik berkenaan.

Ekoran itu, polis merampas satu tiub ubat gigi berpenutup hijau dan putih bercorak daun ganja tertera tulisan ‘Happy Green’ seberat 80 gram dalam bungkusan kotak berwarna coklat.

Semakan polis mendapati barang tersebut dibeli pengirim melalui platform Shopee beralamat di Indonesia.

Sementara itu dalam sidang media yang sama Rafizi berkata mesyuarat Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah), hari ini bersetuju supaya satu kaedah dan proses permohonan ekspatriat yang lebih pendek akan diumumkan kerajaan dalam tempoh tiga bulan dari sekarang.

Beliau yang juga Pengerusi Pemudah berkata tempoh itu untuk memberi ruang dan masa kepada semua agensi yang terlibat, melakukan lakukan harmonisasi.

“Kita pastikan bahawa dalam usaha kita memudahkan proses permohonan permit ekspatriat ini, ia juga mematuhi semua kehendak undang-undang dan dasar negara,” katanya.

Sumber: BERNAMA 

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?