Siakap Keli
mitos ubat gegat lipas
Kredit: Twitter & Astro Awani

Mitos Je, Ubat Gegat Rupanya Bukan Untuk Halau Lipas, “Tetapi…”

Mitos Je, Ubat Gegat Rupanya Bukan Untuk Halau Lipas, “Tetapi…”

Ubat gegat sering menjadi senjata amatur bagi kita untuk berdepan dengan ancaman lipas di dalam rumah. Hadir dengan pelbagai pilihan, bentuk dan warna, ubat gegat sangat diyakini berkesan menghalau tetamu tak diundang ini.

Dengan baunya yang sangat kuat, ubat gegat biasanya diletak pada ruang atau celahan yang tersorok, misalnya di dalam almari, kabinet ataupun dibawah katil.

Ia juga menjadi pilihan, sekali lagi ‘amatur’, sebagai ‘pewangi’ untuk menyingkirkan bau kurang enak di dalam bilik air mahupun tandas.

Tetapi, benarkan ubat gegat berupaya untuk menghalau lipas? Adakah keberkesanannya dibuktikan ataupun kita hanya beli sebab ramai yang kata ia berkesan? Satu lagi, apakah yang dimaksudkan dengan gegat?

Mitos atau tidak, kami bawakan kupasan daripada seorang pakar kawalan makhluk perosak dan serangga Naim AJ (@naimpestcontrol) di laman Twitternya baru-baru ini.

Jom baca perkongsian beliau dibawah.

Penggunaan ubat gegat untuk menghalau lipas boleh dikatakan mitos sahaja. Sebab aku sendiri pun pernah tengok lipas makan ubat gegat ini semasa melakukan kerja untuk membasmi haiwan perosak.

Jadi kalau bukan untuk lipas, ubat gegat untuk serangga apa ?

Sesuai dengan namanya Ubat Gegat, racun jenis ni sesuai dengan serangga yang bernama Gegat. Pernah dengar serangga nama gegat ?

Gegat atau nama lain dia Silverfish atau ulat buku. Kebanyakan orang selalu tersilap antara serangga ini dengan anak lipan.

Mungkin ada yang tidak pernah langsung ternampak serangga ini, tetapi sebenarnya dia terdapat banyak di kawasan rumah kita. Boleh dikatakan, jumlahnya adalah sama banyak dengan lipas.

Serangga ini merupakan perosak dalam kategori Crawling Insect Pest. Walaupn serangga ini tidak berbisa, tetapi ia boleh merosakkan banyak benda yang berada dekat dengan rumah kita.

Gegat gemar tinggal di kawasan yang lembab dan sejuk. Bukan itu sahaja, ia boleh memakan pelbagai bahan seperti fabrik, kayu, wallpaper dinding, sisa makanan dan sebagainya.

Antara tempat yang paling lazim serangga ini ditemui adalah pada buku-buku lama. Serangga ini dikatakan paling menggemari bahagian gam pada bahagian kertas dan beku.

ubat gegat bukan untuk lipas
Kredit: Twitter

Tambahan pula, silverfish ini tutut dilaporkan bergerak laju dan pandai menyelinap, tidak ubah seperti perisik. Serangga kecil ini sukar untuk ditewaskan, jika kita hanya menggunakan penyembur aerosol seperti kaedah biasa.

Ubat gegat bukanlah ‘penawar’ bagi lipas

Ubat gegat ini diperbuat daripada bahan Dklorobenzina atau Naftalena (Naphtalene, C10H8). Kedua-dua jenis bahan ini merupakan jenis bahan bakar.

Bau yang dihasilkan dari ubat gegat ini sebenarnya gas yang merupakan hasil daripada proses pemejalwapan bahan ini.

Bahan ini akan menjalankan proses pemejalwapan dan gas daripada proses berkenaan akan disebarkan ke seluruh kawasan yang berdekatan.

Biasanya, serangga gegat atau silverfish ini akan terkesan daripada gas ini, walaupun serangga ini menyorok berdekatan celah-celah lipatan baju atau kertas di tempat simpanan.

Selain gegat, ubat ini turut memberikan kesan terhadap beberapa serangga lain seperti kupu-kupu dan kamitetep. Tidak hairanlah, jika ubat gegat ini dipanggil sebagai ‘mothball’ dalam kalangan penutur bahasa Inggeris.

Kesan ubat gegat kepada lipas?

Sebenarnya, gas daripada ubat gegat ini langsung tidak memberikan kesan yang signifikan terhadap lipas. Hal ini disebabkan serangga yang paling dibenci manusia ini memiliki imunisasi terhadap racun. Sebab itu, lipas boleh selamba makan je ubat gegat ini.

Tak percaya, cuba letak ubat gegat ini. Tengok lipas makin kurang atau makin banyak.

Penggunaan ubat gegat ini sebenarnya juga tak berapa bagus untuk kesihatan kita. Terutama untuk orang yang ada masalah penyakit G6PD.

Kesan dia untuk makanan pun agak kuat. Sebab itu bila kita letak ubat gegat dekat tempat simpanan makanan, makanan tersebut akan ada sedikit rasa dan bau ubat gegat.

ubat gegat bukan ntuk lipas
Kredit: Astro Awani

Perkara ini disokong menerusi hasil dapatan kajian yang dijalankan oleh sekumpulan saintis dari Universiti Purdue, Amerika Syarikat pada 2019.

Mereka telah menjalankan kajian terhadap beberapa jenis lipas berbeza dan mendapati serangga berkenaan kini semakin kebal terhadap racun serangga.

Bukan itu, haiwan menjengkelkan ini juga ‘mewariskan’ daya tahan tersebut kepada anak-anaknya, menurut laporan CNN.

Boleh jadi, ini juga mungkin alasan yang boleh menyokong dakwaan sesetengah pihak yang pernah melihat lipas memakan ubat tanpa sebarang masalah.

Pengguna ubat gegat tidak baik untuk kesihatan manusia

Penggunaan ubat gegat ini juga sebenarnya tidak berapa bagus untuk kesihatan kita. Terutama, bagi golongan yang menghidap penyakit G6PD (Glucose-6-phosphate dehydrogenase).

Menurut Hello Doktor, bahan ini boleh menyebabkan hemolisis berlebihan yang dialami bayi. Namun, bayi yang mempunyai penyakit G6PD akan mengalami haemolytic anaemia yang lebih teruk.

Hemolisis boleh berlaku kepada bayi-bayi ini walaupun hanya memakaikan mereka dengan pakaian yang disimpan di dalam laci yang mengandungi ubat gegat.

Oleh itu, sebagai langkah pencegahan, ibu bapa disaran untuk mengelak menggunakan ubat gegat sekiranya ada bayi berusia dibawah 3 tahun diri rumah.

BACA: Tak Boleh Hidu Ubat Gegat Dan Makan Kacang Parang, Ini Simptom ‘G6PD Deficiency’

Sumber: @naimpestcontrol via Twitter

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.