Siakap Keli
FIFA Sahkan Format Kekal Empat Kumpulan
Kredit: The Economic Times | FIFA

Piala Dunia 2026: FIFA Sahkan Format Kekal Empat Kumpulan Sepasukan

Piala Dunia 2026: FIFA Sahkan Format Kekal Empat Kumpulan Sepasukan

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dilapor mengesahkan format baharu dengan mengekalkan empat kumpulan sepasukan bagi Piala Dunia 2026, lapor Bein Sports.

Seperti Piala Dunia di Qatar sebelum ini, perlawanan akan datang juga mengambil dua pasukan teratas setiap kumpulan untuk mara ke peringkat seterusnya.

Difahamkan kejohanan yang bakal dikelolakan Amerika Syarikat (US), Mexico dan Kanada itu menyaksikan bilangan pasukan yang bersaing meningkat daripada 32 kepada 48.

Secara tidak langsung, format itu akan melibatkan 80 perlawanan antara pasukan yang dikatakan bertambah daripada 64 permainan ( FIFA sejak 1998).

FIFA Sahkan Format Kekal Empat Kumpulan
Kredit: The Economic Times

Malah, FIFA juga dikatakan bersedia untuk melanjutkan kejohanan kepada 104 perlawanan yang berkemungkinan dijalankan dalam tempoh 39 hari.

Memetik Al Jazeera, ia melibatkan 16 bandar di kawasan tuan rumah kejohanan merangkumi 11 di US, tiga di Mexico dan dua di Kanada akan digunakan.

Difahamkan, ketika Mexico dan US menjadi tuan rumah Piala Dunia bagi edisi 1986 dan 1994 dahulu, hanya 24 pasukan sahaja yang bertanding.

FIFA sahkan format kekal empat kumpulan

FIFA dalam satu kenyataan berkata, “Semakan menyeluruh dibuat yang mempertimbangkan integriti sukan, kebajikan pemain, perjalanan pasukan, daya tarikan komersial dan sukan serta pengalaman pasukan dan peminat,”

Tambah kenyataan itu lagi, Majlis FIFA telah sebulat suara meluluskan cadangan pindaan itu.

“Format pertandingan Piala Dunia 2026 daripada 16 kumpulan tiga (pasukan) kepada 12 kumpulan empat (pasukan) dan tiga pasukan terbaik daripada lapan kumpulan akan mara ke pusingan 32.

“Format yang disemak semula mengurangkan risiko pakatan sulit dan memastikan semua pasukan bermain sekurang-kurangnya tiga perlawanan,” jelasnya.

Selain itu, format tersebut juga menyentuh isu masa rehat yang seimbang antara pasukan yang bersaing.

Perlawanan akhir – 20 Julai 2026

Dalam kesempatan yang sama, mesyuarat majlis FIFA di Rwanda juga mengumumkan bahawa perlawanan akhir Piala Dunia akan berlangsung pada Isnin, 20 Julai 2026.

Perkara itu disahkan sebagai kalendar antarabangsa Piala Dunia (lelaki) dari tahun 2025-2030. Tambah FIFA, maklumat lengkap akan diterbitkan dalam beberapa hari yang akan datang.

Ia termasuk rancangan ‘international window’ selama 16 hari – empat perlawanan pada akhir September atau pada awal Oktober mulai 2026.

Tidak ketinggalan juga, ia turut mengesahkan bahawa kalendar antarabangsa wanita dari 2024-2025 akan mengandungi enam ‘international window’ setiap tahun.

Sumber: Bein Sports

Florence Nuar