Rambut Tercacak, Penumpang Kapal Tak Sedar Diri Dalam Bahaya Diancam Kilat
Pernahkah anda dengar orang kehilangan nyawa kerana dipanah kilat atau petir? Mesti pernah, bukan. Perlu anda ketahui kecenderungan petir atau kilat untuk berlaku di kawasan terbuka adalah tinggi.
Justeru, elakkan berada di kawasan lapang sekiranya cuaca tidak menentu, kita tidak tahu kecelakaan apa yang akan menimpa kita, jadi lebih baik berjaga-jaga.
Berbalik kepaada kilat, adakah anda tahu satu fakta untuk mengetahui diri anda dalam keadaan bahaya atau terdedah untuk disambar kilat atau petir?
Perkara ini memang bukan sesuatu yang baharu, tetapi ramai yang tidak tahu. Jadi, ikuti perkongsian ini supaya anda terdedah kepada ilmu baharu.
Rambut tercacak tanda apa?
Baru-baru ini pengguna Twitter, Jamie telah memuat naik satu video yang memaparkan rambut penumpang kapal tercacak ke atas.
Perlu anda ketahui, sekiranya rambut anda berdiri menegak ke atas, kebarangkalian panahan petir menimpa anda adalah tinggi.
Malah, insiden seperti ini memang benar-benar terjadi sekitar 20 Ogos 1975 apabila dua adik-beradik disambar petir ketika mendaki Moro Rock di Taman Negara Sequoia, California.
Pada mulanya mereka hanya tersenyum (ketika rambut tercacak) dan memikirkan ia adalah kuasa bolt dari atas beberapa minit sebelum kejadian itu berlaku.
Bagaimanapun, kedua-dua mereka, dilaporkan terselamat daripada kejadian tragis itu walaupun seorang lagi pendaki lain terbunuh.
Jelas bukan, perkara itulah yang menjadi cara singkat untuk mengetahui diri anda dalam keadaan bahaya, jadi sekiranya anda berada di kawasan lapang dan mengalami keadaan yang sama, selamatkanlah diri anda.
Bergerak jauh dari tempat tersebut sehingga rambut anda kelihatan seperti biasa.
Tidak sedar diri dalam bahaya
Bagaimanapun, dalam video yang dipaparkan oleh Jamie, dapat dilihat penumpang kapal tersebut tidak mengetahui diri mereka dalam keadaan bahaya.
Hal ini kerana mereka masih berkumpul dan tersenyum sambil menikmati permandangan di luar kapal tersebut. Malah, ada juga yang menggunakan kesempatan itu untuk mengambil gambar.
Bahkan mereka berkumpul bukan dalam satu jumlah yang kecil. Mereka bertindak seolah-olah hanya menghirup udara di luar kapal sambil membetulkan kedudukan rambut yang tercacak ke atas.
Hal ini menjadikan video yang dimuatnaik itu telah mendapat perhatian ramai apabila jumlah tontonan mencecah 3o juta, 744000 tanda suka dan 9292 perkongsian (setakat artikel ditulis).
BACA JUGA: Pelajar China ‘Berkung Fu’ Atas Pentas, Buat ‘Backflip’ Sebelum Terima Ijazah
Tidak ketinggalan juga, ada warganet yang prihatin untuk bertanyakan keadaan mereka sama ada selamat ataupun sebaliknya.
“Adakah mereka masih hidup?” tanya seorang individu.
“Wah! Saya tidak pernah tahu dan saya berumur 30-an! Saya selalu diberitahu untuk tidak berenang jika ribut melanda atau berdiri di bawah pokok tunggal.
“Tetapi saya tidak pernah tahu udara dicaj seperti itu. Sungguh menakutkan tetapi ia juga tanda amaran yang baik dan jelas. Melainkan anda botak, saya rasa…,” kata seorang individu lagi.
Berikut merupakan antara komen yang ditinggalkan:


Video penuh untuk ditonton:
Run!!!! Danger danger! pic.twitter.com/V2HNP0EsUo
— jamie (@gnuman1979) March 11, 2023
Sumber: Jamie | Twitter