Siakap Keli
pelajar backflip terima ijazah
Kredit: @tongbingxue | Twitter

Pelajar China ‘Berkung Fu’ Atas Pentas, Buat ‘Backflip’ Sebelum Terima Ijazah

Pelajar China ‘Berkung Fu’ Atas Pentas, Buat ‘Backflip’ Sebelum Terima Ijazah

Hari graduasi adalah salah satu majlis kemuncak terbesar dalam kehidupan individu bergelar ‘pelajar’. Mana tidaknya, hari tersebut merupakan bukti ‘kerja kerasnya’ selama tiga hingga lima tahun di kampus pengajian tinggi.

Dalam kesempatan itu, para pelajar akan mengenakan jubah untuk menerima penghargaaa tamat pengajiannya di sesebuah institusi.

Malah, lebih mengembirakan, majlis ini akan dihadiri oleh ahli keluarga terdekat atau rakan-rakan yang lain untuk sama-sama memeriahkan lagi suasana pada ketika itu.

Tular kerana lakukan ‘Backflip’

Lain daripada yang lain, baru-baru ini, aksi seorang graduan di China tular di laman sosial apabila melakukan ‘backflip’ semasa menerima ijazah di majlis graduasinya.

Memetik The South China Morning Post (SCMP), pelajar tersebut dikenali sebagai Chen Yining, 24 tahun dikatakan dikatakan teruja ekoran telah menamatkan pengajiannya.

Lebih mengejutkan ‘tindakan itu’ telah mendapat sambutan hangat daripada warganet yang menonton video yang dikongsikan oleh @tongbingxue di laman Twitter.

Untuk pengetahuan, Chen telah menerima ijazah jurusan latihan dan persembahan tarian.

“Pelajar China, Chen Yining di UK, meraikan tamat pengajian dengan gaya Kung Fu, diingati oleh guru dan rakan graduan dan menjadi tular di media sosial China hari ini,” kapsyen yang ditulis di Twitter.

Pelajar Perempuan 'Backflip' Sebelum Terima Ijazah
Kredit: @tongbingxue | Twitter

Para pensyarah tersenyum dan bertepuk tangan

Melihat kepada video yang berdurasi 15 saat itu, Chen mula melambaikan tangannya apabila namanya dipanggil sebelum bertindak melakukan  ‘backflip’.

Dapat dilihat reaksi terkejut yang dipamerkan oleh barisan kehormat dan para pensyarah yang duduk di barisan hadapan pentas.

BACA JUGA: Dua Lelaki Dilapor Cedera, Bergaduh Rebut Isteri Orang

Mereka meraikannya dengan wajah tersenyum dan bertepuk tangan sejurus selepas Chen ‘mendarat’ kembali di atas lantai seperti sediakala.

Difahamkan video tersebut telah tular dengan jumlah tontonan sebanyak 551,900 kali dan 1,883 tanda suka (setakat artikel ditulis) sejak seminggu dimuat naik.

Berikut merupakan rakaman penuh video tular itu:

Tidak ketinggalan juga, ramai orang telah menghantar komen-komen tentang video yang telah tersiar itu.

“Luar biasa! Semoga dia menggunakan tenaganya untuk menjadikan dunia ini tempat yang baik juga. Dia pasti membuat dunia (penonton) tersenyum dengan  ‘flip’ ini,” komen seorang individu.

Sumber: Wio News

Florence Nuar