Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Banggakan Negara, Aleeya Nurhanny Terima Anugerah Pelajar Antarabangsa Terbaik Di Jerman

Aleeya Nurhanny
Kredit: Facebook MARA Frankfurt

Bukan calang-calang pencapaian, pelajar Malaysia, Aleeya Nurhanny Asman Jailany, berjaya mengharumkan nama negara apabila menerima anugerah Pelajar Antarabangsa Terbaik (DAAD-Preis 2026) di Technische Hochschule Brandenburg (TH Brandenburg), Jerman.

Aleeya Nurhanny terima anugerah Pelajar Antarabangsa Terbaik

Pengiktirafan tersebut disampaikan oleh Timbalan Presiden TH Brandenburg, Prof. Dr Julia Schnitzer, dalam Majlis Graduasi Sesi Tamat Pengajian 2025/2026 yang berlangsung pada 2 Oktober lalu.

Majlis tersebut bukan sahaja meraikan kejayaan para graduan, malah turut menjadi detik bermakna buat Aleeya apabila menerima pengiktirafan atas pencapaian akademik dan penglibatan aktifnya dalam komuniti universiti.

Kredit: Facebook MARA Frankfurt

Menurut perkongsian Facebook MARA Frankfurt, DAAD-Preis 2026 merupakan anugerah oleh German Academic Exchange Service (DAAD) sebagai pengiktirafan kepada pelajar antarabangsa yang menunjukkan kecemerlangan akademik dan penglibatan sosial.

Aktif dalam penglibatan sosial

Selain cemerlang dalam bidang akademik, Aleeya turut aktif dalam aktiviti sukan sehingga berjaya meraih Anugerah Olahragawati RENTAP bagi tahun 2024 dan 2025, iaitu acara sukan dan rekreasi tahunan pelajar Malaysia di Jerman.

Bukan itu sahaja, Aleeya juga aktif membantu pelajar Malaysia yang baharu tiba di Jerman untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran universiti.

Beliau turut menyertai pelbagai program kebudayaan serta menyokong hubungan kerjasama antara TH Brandenburg dengan German-Malaysian Institute (GMI).

Untuk rekod, Aleeya mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Sains Tuanku Aishah Rohani sebelum menyambung pengajian di GMI.

Kredit: Facebook MARA Frankfurt

Beliau kini mengikuti pengajian dalam bidang Sains Kejuruteraan dengan pengkhususan dalam Kejuruteraan Elektrik dan Teknologi Maklumat di TH Brandenburg menerusi Young Talent Development Programme (YTP) MARA.

Menyimpan impian yang besar

Sebagai anak sulung daripada lima beradik, Aleeya turut menyimpan impian untuk membanggakan keluarganya melalui pencapaian akademik dan kerjaya.

Malah, beliau bercita-cita untuk menimba pengalaman profesional sebagai jurutera di Jerman selepas menamatkan pengajian, sebelum kembali menyumbang kepakaran kepada pembangunan Malaysia.

Kejayaan Aleeya ini membuktikan bahawa anak Malaysia juga mampu menyerlah di peringkat antarabangsa, bukan sahaja melalui kecemerlangan akademik, malah menerusi sumbangan dan keprihatinan terhadap komuniti sekeliling.

Sumber:Facebook
Intipati
  • Aleeya Nurhanny menerima DAAD-Preis 2026 sebagai Pelajar Antarabangsa Terbaik di TH Brandenburg.
  • Anugerah itu mengiktiraf pencapaian akademik dan penglibatan sosial pelajar antarabangsa.
  • Beliau mengikuti Sains Kejuruteraan di Jerman menerusi Young Talent Development Programme MARA.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan